Belum berdaftar? Daftar sekarang!
Buat carian Kempen
RM670 / 13.40 %
Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM5,000
24 Penyumbang
Kempen Berakhir!
Meskipun gencatan senjata telah berlaku, saudara-saudara kita di Gaza masih terus berjuang dalam serba kekurangan. Kehilangan tempat tinggal, kekurangan makanan, dan keperluan asas lainnya menjadi cabaran besar yang harus mereka hadapi setiap hari.

ASAR Humanity mengajak tuan dan puan untuk bersama-sama bersedekah dan berzakat demi menghantarkan bantuan makanan dan keperluan asas kepada saudara kita di Palestin. Melalui kempen Bangun Kembali Palestin, donasi yang terkumpul akan digunakan untuk mengirimkan bantuan pangan, pakaian, dan bahan binaan agar mereka dapat memulakan kembali kehidupan dengan penuh harapan.

Sebentar lagi kita akan menyambut bulan suci Ramadan, bulan yang penuh rahmat dan keberkahan. Inilah saat terbaik untuk menebar kebaikan dan meringankan beban saudara kita di Palestin. Bantuan kecil kita akan menjadi sinar harapan bagi mereka, mengukir senyuman dan kegembiraan di tengah kesulitan.

"Perumpamaan orang-orang yang menginfakkan hartanya di jalan Allah seperti sebutir biji yang menumbuhkan tujuh tangkai, pada setiap tangkai ada seratus biji. Allah melipatgandakan (pahala) bagi siapa yang Dia kehendaki." (Surah Al-Baqarah: 261)
Jom #BuatBaik!
Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami
Saudara seiman yang dirahmati Allah,
Walaupun telah diumumkan gencatan senjata pada 20 Oktober 2025, realiti yang sedang berlaku di Gaza Strip menunjukkan bahawa derita rakyat Palestin masih berlanjutan dan semakin memburuk.

Kenapa Kita Tidak Boleh Berhenti?
1. Ribuan keluarga masih hidup dalam khemah atau bangunan rosak, dengan bekalan makanan asas dan air bersih yang sangat terhad.
2. Kanak-kanak menghadapi ancaman kelaparan dan malnutrisi yang teruk, manakala sistem kesihatan hampir lumpuh.
3. Setiap hari yang berlalu tanpa tindakan adalah satu hari lagi penderitaan mereka yang tidak berdosa.

ASAR Humanity kekal komited untuk terus menghantar bantuan makanan panas, stok makanan serta keperluan asas ke dalam kem pengungsian Palestin. Bukan sekadar untuk menjaga mereka hidup, tetapi menjaga harapan mereka untuk hidup layak dan bermaruah.
“Dan tolong-menolonglah kamu dalam kebaikan dan takwa, dan jangan tolong-menolong dalam dosa dan permusuhan.” (Surah Al-Ma’idah: 2)

Mari kita berdiri bersama saudara-saudara kita di Gaza. Setiap sen sedekah, setiap doa dan setiap perkongsian — adalah suara keadilan yang tidak akan padam.
Kita tidak akan berhenti, selagi tangisan anak-anak Palestin masih terdengar.
Semoga Allah SWT menerima amal kita semua.
#SelamanyaJagaPalestina

ASAR Humanity – Terus Berdiri Bersama Palestin
Kami tidak menentang mana-mana negara yang menjaga keselamatannya, termasuk Mesir. Tetapi kami juga tidak dapat menafikan hakikat bahawa di sebalik tembok sempadan itu, manusia sedang mati perlahan-lahan. Kami menuntut agar tindakan kemanusiaan diutamakan. Pintu bantuan mesti dibuka, suara mereka mesti didengar.
Dunia tidak boleh terus berdiam diri.
Kita tidak boleh hanya menonton sambil pembunuhan beramai-ramai ini berlaku di depan mata kita. Diam juga adalah satu bentuk sokongan terhadap kezaliman.
"Sesiapa yang tidak peduli akan urusan umat Islam, maka dia bukan dari kalangan mereka."
— (Hadis Riwayat Al-Hakim)
Jangan biarkan penderitaan Palestin dilupakan. Jangan biarkan suara mereka dibungkam. Bersama kita salurkan bantuan, bersama kita suarakan keadilan.
#BersamaPalestin
#KemanusiaanTanpaSempadan
#JanganDiamAtasKezaliman
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Feb 23, 2025
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Feb 22, 2025
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Feb 21, 2025
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM30.00
Feb 21, 2025
RAJA NORIZA BINTI RAJA ARIFFIN
Menyumbang sebanyak RM10.00
Feb 20, 2025