PERTUBUHAN KEMANUSIAAN TANPA SEMPADAN

Dimulakan pada Apr 28, 2023

SEDEKAH DISAAT SEMPIT

RM140 / 4.67 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM3,000

11 Penyumbang

Kempen Berakhir!

Kongsi:

Tentang Kempen

Sedekah disaat sempit dianjurkan agar kita saling ingat mengingati tentang pentingnya bersedekah dan berinfaq agar dapat membersihkan harta kita ke jalan yang diredhai Allah.


Bersedekah dalam keadaan lapang tentunya sangat mudah. Bagaimana halnya dengan sedekah di waktu sempit?


Orang yang gemar melakukan amal baik seperti bersedekah sangat dicintai oleh Allah SWT. Keberkahan hidup terutama dalam hal rezeki akan mudah didapatkan. Bersedekah akan lebih mudah dilakukan pada keadaan yang lapang. Namun, sedekah di waktu sempit atau susah juga dianjurkan oleh Allah SWT.


Meskipun sedang mengalami kesulitan, tidak ada salahnya untuk selalu menunaikan sedekah terhadap sesama. Bahkan, bersedekah dalam keadaan susah akan mendapatkan balasan yang lebih berlimpah dari Allah SWT. 



Di dalam Al-Qur’an, Surah Ali Imran ayat 134 dan At-Thalaq ayat 7 menerangkan bahwa tanda-tanda orang yang bertaqwa adalah orang yang mampu menginfakkan hartanya (sedekah) dalam keadaan lapang dan sempit.


اَلَّذِيۡنَ يُنۡفِقُوۡنَ اَمۡوَالَهُمۡ بِالَّيۡلِ وَالنَّهَارِ سِرًّا وَّعَلَانِيَةً فَلَهُمۡ اَجۡرُهُمۡ عِنۡدَ رَبِّهِمۡ‌ۚ وَلَا خَوۡفٌ عَلَيۡهِمۡ وَلَا هُمۡ يَحۡزَنُوۡنَ


“Orang-orang yang menafkahkan hartanya di malam dan di siang hari secara tersembunyi dan terang-terangan, maka mereka mendapat pahala di sisi Rabbnya. Tidak ada kekhawatiran terhadap mereka dan tidak (pula) mereka bersedih hati.” (Al-Qur’an Surah Al-Baqarah ayat 274)




“Perumpamaan orang-orang yang menafkahkan hartanya di jalan Allah adalah serupa dengan sebutir benih yang menumbuhkan tujuh bulir, pada tiap-tiap bulir seratus biji. Allah melipat gandakan (ganjaran) bagi siapa yang Dia kehendaki. Dan Allah Maha Luas (karunia-Nya) lagi Maha Mengetahui”.


Berdasarkan ayat tersebut, bagi orang yang suka bersedekah maka Allah akan berikan pahala yang berlipat ganda. Maka tidak ada ruginya jika melakukan sedekah di waktu sempit dan susah karena nantinya akan Allah ganti dengan imbalan yang berlipat ganda. Kemana infaq anda akan disalurkan?


1. Pembangunan Ekonomi Asnaf

2. Pemberdayaan Sistem Sokongan Rumah Anak Yatim & Tahfiz

3. Projek Baik Pulih Surau di Pedalaman

4. Projek Pendidikan Percuma untuk Anak Asnaf & Muallaf Pedalaman

5. Bank Manakan Asnaf Pedalaman

6. Bantuan Peralatan Kesihatan Asnaf

7. Bantuan Kecemasan Bencana

8. Program-program Dakwah di Pedalaman

9. Bantuan Kecemasan Mangsa Pelarian

10. Projek Infaq Untuk Komuniti Asnaf Bersasar



“Sesungguhnya Allah Ta’ala itu Maha Memberi, Ia mencintai kedermawanan serta akhlak yang mulia, Ia membenci akhlak yang buruk.”

(HR. Al Baihaqi, di shahihkan Al Albani dalam Shahihul Jami’, 1744)


Dari hadis ini demikian dapat diambil kesimpulan bahwa pelit dan bakhil adalah akhlak yang buruk dan bukanlah akhlak seorang mukmin sejati. Begitu juga, sifat suka meminta-minta, bukanlah ciri seorang mukmin. Bahkan sebaliknya seorang mukmin itu banyak memberi. 




‏اليد العليا خير من اليد السفلى واليد العليا هي المنفقة واليد السفلى هي السائلة

“Tangan yang di atas lebih baik dari tangan yang di bawah. Tangan di atas adalah orang yang memberi dan tangan yang dibawah adalah orang yang meminta.”
(HR. Bukhari no.1429, Muslim no.1033)

Jom #BuatBaik!

Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Doa-Doa #Penyumbang

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

May 06, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

May 02, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

May 01, 2023

MUHAMMAD

Menyumbang sebanyak RM10.00

May 01, 2023

AZZAHRA BESERAH

Menyumbang sebanyak RM10.00

Apr 30, 2023

Kempen Sumbangan Tamat