Belum berdaftar? Daftar sekarang!
Buat carian Kempen
RM1,215 / 20.25 %
Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM6,000
75 Penyumbang
Kempen Berakhir!
Akhir-akhir ini, hujan kerap turun di kawasan Jakarta, Indonesia. Dengan intensiti hujan yang agak kerap, menjadikan beberapa bahagian Indonesia lebih sejuk berbanding sebelumnya. Tidak terkecuali dengan wilayah di Jawa Barat.
Dengan keadaan cuaca yang tidak menentu juga menyebabkan sesetengah orang terjangkit selesema. Akibatnya, mereka tidak dapat menjalankan aktiviti seperti biasa dengan lancar. Hal ini tentunya juga bisa terjadi kepada semua orang termasuk pelajar tahfiz yang tinggal di maahad. Lebih-lebih lagi, sebagai pelajar di maahad, mereka biasanya mempunyai jadual yang lebih padat bermula dari bangun tidur untuk melaksanakan qiyamullail yang diikuti dengan solat subuh dan belajar. Ia berterusan sampai mereka memiliki aktiviti belajar malam dan kembali berehat.
Dengan kepadatan aktiviti yang ada, jika hal ini tidak diimbangi dengan keadaan badan yang sihat, kemungkinan dalam masa terdekat mereka akan terserang selsema yang menyukarkan mereka untuk menjalankan aktiviti seperti biasa. Sebaliknya, untuk menjaga keadaan badan supaya sihat, salah satu perkara yang perlu dilakukan ialah menjaga kualiti tidur pada waktu malam. Kerana dengan tidur yang berkualiti ia akan sangat berguna bagi mereka dalam berkonsentrasi untuk menghafaz Al-Qur'an.
Untuk menyokong kesihatan pelajar tahfiz, Asar Humanity menerusi program Sedekah Selimut akan menghadiahkan selimut kepada pelajar tahfiz yatim di Indonesia yang membutuhkan. Hal ini supaya pada waktu malam mereka tidak kedinginan dan dapat tidur yang berkualiti.
Jom sertai Asar Humanity untuk menjaga kesihatan pelajar tahfiz yatim di Indonesia dengan memberikan sedekah terbaik yang anda miliki. InshaAllah sedekah yang anda berikan akan dibalas oleh Allah SWT dengan sebaik-baiknya balasan. Amin.
Jom #BuatBaik!
Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM30.00
Oct 24, 2022
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Oct 24, 2022
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Oct 24, 2022
MOHAMMAD SHAFIQ ZAINON
Menyumbang sebanyak RM10.00
Oct 24, 2022
SITI KHAMISAH MD HASSAN
Menyumbang sebanyak RM25.00
Oct 24, 2022