YAYASAN LANGKAH MAJU PEDULI

Dimulakan pada Oct 14, 2024

SURAU MUHAJIRIN DI DUSUN SOSOR, PELOSOK ACEH PERLU BANTUAN SIMEN

RM30 / 0.30 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM10,000

3 Penyumbang

106 Baki Hari

Kongsi:

Tentang Kempen

Dengan sokongan dan bantuan anda, kami berharap dapat memulihkan Surau Al-Muhajirin dan mengembalikannya sebagai pusat ibadah serta aktiviti masyarakat di Dusun Sosor, Provinsi Aceh.


Surau Al-Muhajirin merupakan tempat ibadah umat Islam yang terletak di Dusun Sosor, kawasan pedalaman di Provinsi Aceh. Surau ini sederhana dan kecil, namun manfaatnya sangat besar bagi penduduk dusun yang seramai 100 orang. Surau berukuran 8x8 meter ini bukan sahaja menjadi pusat ibadah bagi umat Islam, tetapi juga pusat aktiviti bagi masyarakat Dusun Sosor.



Lokasi surau yang sangat jauh dari bandar dan terletak di pelosok Aceh menjadi cabaran besar untuk mendapatkan bantuan dari masyarakat sekitar. Perjalanan untuk ke Dusun Sosor mengambil masa 14 jam. Walaupun kecil, surau ini dahulunya kerap digunakan untuk solat dan pelbagai aktiviti. Namun, keadaan surau yang semakin uzur akibat dimakan usia menjadikannya semakin sepi. Penduduk tempatan kini takut untuk solat di dalamnya kerana bimbang lantai yang rapuh atau atap yang hampir roboh.


Keadaan yang Tidak Lagi Layak dan Selamat


Keadaan Surau Al-Muhajirin yang sangat uzur, tidak lagi selamat dan selesa sebagai tempat ibadah, menjadi cabaran besar bagi masyarakat Islam di Dusun Sosor. Banyak tiang panggung surau yang sudah reput, dan lantai kayunya juga mulai rapuh dimakan usia. Surau ini semakin ditinggalkan oleh penduduk, walaupun ia satu-satunya tempat ibadah di Dusun Sosor.



Bantuan Diperlukan untuk Membaik Pulih Surau Al-Muhajirin


Kami dari pasukan Laju Peduli berusaha melalui sumbangan.com untuk mengajak #OrangBaik menyertai misi kebaikan ini. Kami juga telah meluaskan maklumat ajakan ini kepada #SahabatHebat melalui platform derma lain.



Kami memerlukan sekitar RM10,000 untuk simen bagi pembinaan semula surau berharga RM8,000 dan upah tukang atau gaji pekerja sebanyak RM2,000. Dengan sokongan dan bantuan anda, kami berharap dapat memulihkan Surau Al-Muhajirin dan mengembalikannya sebagai pusat ibadah serta aktiviti masyarakat di Dusun Sosor, Provinsi Aceh.


Jom #BuatBaik!

Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Terbaru Perkembangan

Tiada perkembangan

Doa-Doa #Penyumbang

Tiada doa

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Oct 15, 2024

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Oct 15, 2024

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Oct 15, 2024