Belum berdaftar? Daftar sekarang!
Buat carian Kempen
RM470 / 15.67 %
Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM3,000
26 Penyumbang
Kempen Berakhir!
Menjelang penghujung tahun, ramai antara kita mula mempersiapkan diri untuk menyambut tahun baharu. Ada yang mula merancang perkara yang ingin dicapai pada tahun akan datang. Dan juga mula merenung segala yang telah dilalui pada tahun ini.
Di tengah kesibukan persiapan menyambut tahun baru, ada satu perkara yang tidak boleh kita lupakan iaitu berkongsi kebaikan. Sedekah pagi adalah salah satu cara kita boleh berkongsi kebaikan.
Sedekah subuh mempunyai banyak kelebihan antaranya dapat membiasakan diri menyambut kebaikan di awal tahun. Dengan bersedekah di waktu subuh, kita akan memulakan tahun baru dengan hati yang bersih dan ikhlas. Kami juga akan membuka pintu keberkatan dan rezeki pada tahun yang akan datang.
Sambut tahun baru dengan hati yang bersih dan ikhlas! Sedekah pagi dapat membantu kita membersihkan hati dari segala dosa dan kesalahan. Dengan hati yang bersih dan ikhlas, kita akan lebih bersedia untuk menyambut tahun baru dengan penuh semangat dan optimis.
Sedekah pagi juga dapat mengundang keberkatan dan rezeki dari Allah SWT. Dengan bersedekah di waktu subuh, kita akan mendapat pahala berlipat kali ganda dan rezeki akan melimpah ruah.
“Tidak ada satu subuh-pun yang dialami hamba-hamba Allah kecuali turun kepada mereka dua malaikat. Salah satu di antara keduanya berdoa: “Ya Allah, berilah ganti bagi orang yang berinfak”, sedangkan yang satu lagi berdoa “Ya Allah, berilah kerusakan bagi orang yang menahan (hartanya).” (Hadis Riwayat Bukhari 5/270).
Marilah kita mula membiasakan diri bersedekah di waktu subuh, terutama dalam beberapa hari menjelang akhir tahun. Dengan sedekah pagi, kita dapat menyambut tahun baru dengan hati yang bersih, penuh keberkatan dan optimism.
InshaAllah dengan bantuan anda, Asar Humanity memegang amanah untuk terus menyalurkan kebaikan di hati anda kepada mereka yang memerlukan. Kebaikan ini harus terus berkelanjutan. Semoga Allah merahmati anda dan keluarga anda dengan rahmatNya.
Jom #BuatBaik!
Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami
Alhamdulillah ala kulli haal Tim Asar Humanity melawat ke Rumah Singgah Insani Bandung di penghujung bulan suci Ramadhan yang lepas, sambil menghantarkan bantuan pakej makanan asas dan barang runcit lainnya berupa bahan susu, daging sapi segar, daging ayam segar, beras, gula dan bahan pokok lainnya. Barakallahu fiikum Tuan dan Puan!
Rumah Singgah Insani ini adalah rumah yang dibina oleh Bpk Supendi (Abah Lutung) untuk menampung golongan asnaf yang sedang berjuang berobat dari sakit kanker. Rumah yang diprakarsai dengan biaya sendiri dan juga sokongan orang-orang baik bertujuan menyokong perjalanan rawatan khususnya pesakit yang dirujuk dari kawasan yang jauh dari kota Bandung seperti Kerawang, Tasik, Garut, Cirebon, Subang malah dari luar Provinsi Jawa Barat.
Ramai di kalangan fakir miskin yang ahli keluarga mereka sakit sering kesulitan kerana tidak mempunyai wang untuk tempat tinggal apabila terpaksa pergi ke hospital rujukan untuk mendapatkan rawatan.
Berkat keredhaan Allah SWT dan sokongan anda pasien kanker serta keluarga pasien yang sedang berobat di sini mendapatkan bekalan makanan sihat berkhasiat untuk beberapa hari hadapan.
“Terimakasih para pejuang kemanusiaan, telah menghadirkan senyuman di Rumah Singgah Kanker Insani Bandung. Semoga Allah memberikan keberkahan, panjang umur, sehat untuk para penyumbang”
Hanya Allah SWT yang dapat membalas setiap kebaikan yang telah dilakukan dan menjadikan amal ini sebagai ladang pahala, keberkahan dan rezeki yang akan terus berlipat ganda di sisiNya. Jazakumullah khairan ahsanal jazaa.
Berkongsi kebahagiaan lebih luas lagi untuk saudara yang membutuhkan melalui Asar Humanity:
https://sumbangan.com/penganjur/asar-humanity