ACT FOUNDATION

Dimulakan pada Jun 09, 2022

SEDEKAH SUBUH PAKEJ MAKANAN BAGI PEJUANG DAKWAH

RM1,155 / 11.55 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM10,000

68 Penyumbang

Kempen Berakhir!

Kongsi:

Tentang Kempen

Bantu Asas Keperluan Harian Para Pejuang Dakwah. Jom, Bantu Mereka dengan Pakej Makananmu!


“Dan hendaklah ada di antara kamu segolongan umat yang menyeru kepada kebajikan, menyuruh kepada yang ma’ruf dan mencegah dari yang munkar; merekalah orang-orang yang beruntung.” (Ali Imran:3: 104)


Indonesia dikenal sebagai negara Islam terbesar di dunia, tetapi ironinya, lebih separuh daripada jumlah penduduk Islam buta huruf al-Quran. Daripada 223 juta umat Islam Indonesia, 65 peratus tidak boleh membaca al-Quran dengan baik. Bertolak daripada masalah ini, terdapat insan terpilih yang sukarela mengabdikan diri untuk membantu meringankan masalah rendahnya kualiti agama dalam masyarakat iaitu golongan pendakwah. Penyeru kepada ajaran kebaikan Islam yang memainkan peranan penting kepada masyarakat sebagai panduan dalam memahami nilai-nilai Islam.


Ramai para pendakwah di kawasan terpencil menghabiskan sebahagian besar masa mereka mengajar dan menegakkan ilmu agama tanpa meminta bayaran. Sekalipun meiliki keterbatasan ekonomi, tidak menghalang mereka untuk terus beramal, menyebarkan ajaran Islam.


Berikut Sebahagian cerita dari Ramai Da’i, Sang Pejuang Dakwah: 



Ustadz Sarman mengabdikan hidupnya untuk mengajarkan Al-Quran dan agama Islam kepada anak-anak di Kampung Pasir Honje, Kabupaten Bogor. Di tengah keperluan asas harian keluarganya yang sulit dipenuhi, Ustadz Sarman rela mengeluarkan wang sendiri untuk membeli al-Quran dan buku pelajaran agama untuk pelajarnya. Supaya murid-muridnya boleh beroleh ilmu Islam secara kaffah.



Keadaan yang sama dialami oleh Ustadz Mahfudz yang sudah 25 tahun berkecimpung di medan dakwah. Dengan sukarela, ia berdakwah, menjaga masjid sehingga mengajar al-Quran dan ilmu agama kepada anak-anak yatim di sekitar rumahnya di Desa Kalibata, Kota Jakarta Selatan.


Upah yang diberikan tidak menentu tetapi bagi lelaki berusia 63 tahun ini, menyukarkan untuk memenuhi keperluan asas hariannya. Ustadz Sarman dan ustadz Mahfudz hanyalah salah satu contoh para pendakwah yang mempunyai keterbatasan ekonomi, tetapi masih berjuang untuk menyebarkan Islam.


 Apa Yang Boleh Kita Lakukan Untuk Memuliakan Pendakwah Yang Berjuang di Jalan Allah?



Melihat dedikasi mereka yang besar kepada kualiti agama masyarakat, kami menjemput anda untuk meningkatkan taraf hidup para da’i, pendakwah di kawasan terpencil. Sedekah adalah penyelesaian sebenar bagi membantu memudahkan Da'i yang ikhlas mendidik anak bangsa. Ayuh mudahkan perjuangan dakwah mereka!


Insha Allah, melalui program Da’i Tepian Negeri, ACT akan menyampaikan apresiasi berupa pek makanan kepada para pendakwah dan guru Al-Quran di berbagai pelosok Indonesia. Dengan segala usaha ini, besarlah harapan agar taraf hidup mereka dapat meningkat. Pakej makanan berisi: beras, minyak masak, gula, sardin, telur, susu, biskut, etc, RM 130 /pakej, dapat untuk memenuhi keperluan asas harian mereka selama 2 minggu.


Ayuh, sama-sama berikan sedekah subuh terbaikmu! Jazakumullah khayran. Insya Allah, setiap sedekah pakej makananmu boleh permudahkan Dai di kawasan pelosok. Doa setulus-tulusnya dari kami semoga kebahagiaan, kemudahan, perlindungan dan kelancaran rezeki selalu dilimpahkan Allah SWT. Aamiin ya Rabb.


“Tidak ada yang berpagi-pagian para hamba kecuali ada dua malaikat yang turun. Salah satu di antara keduanya berdoa: “Ya Allah, berilah ganti bagi orang yang menginfaqkan hartanya." (HR. Bukhari)


Jom #BuatBaik!

Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Terbaru Perkembangan

Tiada perkembangan

Doa-Doa #Penyumbang

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Jun 25, 2022

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Jun 22, 2022

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Jun 17, 2022

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM100.00

Jun 17, 2022

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Jun 16, 2022

Kempen Sumbangan Tamat