ASAR HUMANITY

Dimulakan pada Dec 01, 2023

SEDEKAH SUBUH UNTUK BANTUAN ASAS BAGI ANAK GAZA TERDEDAH SERANGAN

RM1,555 / 51.83 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM3,000

67 Penyumbang

Kempen Berakhir!

Kongsi:

Tentang Kempen

Kanak-kanak di Gaza menjadi yang paling terdedah akibat daripada serangan Zionis, ayuh bahagiakan mereka dan bantu penuhi hak asasi mereka!


Innalillahi wainna ilaihi raajiun.


Sampai dengan kempen ini dibuat, khabar menyesakkan hati kembali kita dengar dari saudara kita di Palestin. Pesawat perang Israel mula mengebom Gaza sebaik sahaja gencatan senjata sementara tamat pada 1 Disember. Pesawat perang Israel mengebom sekitar Hospital Nasser di Khan Yunis, Selatan Semenanjung Gaza.



Kementerian Kesihatan di Gaza berkata sekurang-kurangnya 14 orang awam telah terbunuh, ketika pesawat pasukan Israel meneruskan serangan udara. Serangan juga menjatuhkan korban dalam kalangan orang awam Palestin yang tidak bersalah dalam serangan udara Israel di Rafah, ketika pendudukan Israel meneruskan serangannya di Semenanjung Gaza.




Bombardir Zionis secara terus dilakukan di wilayah lain sehingga korban dalam kalangan orang awam Palestin yang tidak bersalah dalam siri serangan udara Israel yang menyasarkan rumah kediaman di Kota Hamad di selatan Gaza. Selalunya anak-anak Gaza, saksi bisu serangan tanpa henti yang paling terdedah. Sebelumnya lebih daripada 15ribu nyawa, termasuk lebih daripada 6000 kanak-kanak menjadi mangsa serangan.



Mereka yang selamat masih hidup dalam ketidakpastian. Di antara mereka menjadi yatim dan lain-lain hidup bersama keluarga dalam keterbatasan. Mereka kehilangan bukan hanya tempat tinggal, tetapi juga hak asasi mereka untuk tumbuh dan berkembang dalam keamanan. Saat ini, anak-anak Gaza sangat memerlukan bantuan kita.


Hasbunallah wa ni’mal wakiil.


Asar Humanity, merayu kepada semua yang membaca untuk mendapatkan bahagian daripada penyelesaian. Anak-anak Gaza tidak hanya berhadapan dengan ancaman fizikal, tetapi juga risiko kesihatan terutamanya dalam musim sejuk ini.



Setiap RM10 yang anda dermakan akan diagihkan dalam bentuk bantuan yang paling asas, antara lain makanan khas berkhasiat anak, susu, vitamin, baju musim sejuk, selimut, dan bantuan asas lain. Kami berkomitmen terus mendampingi anak-anak di Gaza yang menjadi mangsa serangan Zionis, namun kami tidak boleh bergerak sendiri tanpa sokongan anda.


Doakan anak-anak Gaza agar mereka diberi kekuatan untuk menghadapi cabaran ini. Mari bersama-sama menjadi pelindung bagi anak-anak Gaza. Semoga Allah SWT merahmati anda dan keluarga anda. Jazakumullah khairan


Jom #BuatBaik!

Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Terbaru Perkembangan

Doa-Doa #Penyumbang

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Dec 14, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Dec 14, 2023

MUHAMMAD TAUFIK

Menyumbang sebanyak RM10.00

Dec 13, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Dec 12, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Dec 12, 2023

Kempen Sumbangan Tamat