MAAHAD TAHFIZ AL QURAN NURUL HIDAYAH

Dimulakan pada Apr 17, 2025

SEDEKAH SUBUH MEMBANTU KEMUDAHAN ANAK TAHFIZ

RM454 / 15.13 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM3,000

31 Penyumbang

Kempen Berakhir!

Kongsi:

Tentang Kempen

REBUTLAH PELUANG DENGAN INFAQ SUBUH DALAM MEMBANTU ANAK-ANAK TAHFIZ YATIM DAN ASNAF DAN PENGOPERASIAN MAAHAD.


Assalamualaikum wbt, pihak maahad mengajak muslim dan muslimat yang dirahmati oleh Allah SWT untuk sama-sama berinfaq dalam kempen infaq subuh. Dengan memberikan sumbangan infaq ini, anda membantu pihak maahad menyediakan fasiliti dan kemudahan di maahad yang selesa bagi menyokong pendidikan para pelajar tahfiz, yang akan menerangi jalan mereka menuju kejayaan dunia dan akhirat. Mari manfaatkan momen istimewa ini dengan meluangkan rezeki anda untuk menambahkan kilau cahaya di hati-hati yang gigih dalam mengejar cita-cita mulia ini.



Melalui sumbangan ini, pihak kami dapat membantu menampung kos operasi bulanan maahad ini seperti kos sewa tapak maahad, bayaran kos bil elektrik dan air serta bayaran upah warga pendidik yang berkhidmat bakti di sini.




Rasulullah ﷺ bersabda: “Tidak akan berkurang harta dengan sedekah. Dan seorang hamba yang pemaaf pasti akan Allah tambahkan kemuliaan baginya.” (Riwayat Muslim)



Jom kita merebut peluang ini dengan berinfaq harta kerana Allah SWT sebagai tanda keimanan dan keabdian kita kepada-Nya membantu dalam membela anak-anak yatim dan asnaf yang menuntut ilmu agama dan menghafaz Al-Quran di sini. Sumbangan kalian sama ada kecil atau besar sangat bermakna kepada kami. Semoga pengorbanan kalian dalam infaq ini, diganjari pahala yang tidak putus-putus yang menjadi saham akhirat yang bermakna untuk meraih reda Allah SWT.

Jom #BuatBaik!

Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Doa-Doa #Penyumbang

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Apr 23, 2025

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Apr 23, 2025

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM30.00

Apr 23, 2025

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM25.00

Apr 23, 2025

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM50.00

Apr 23, 2025

Kempen Sumbangan Tamat