ASAR HUMANITY

Dimulakan pada Sep 15, 2023

SEDEKAH SUBUH DI BULAN MAULIDUR RASUL UNTUK MAKANAN ANAK YATIM

RM877 / 29.23 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM3,000

54 Penyumbang

Kempen Berakhir!

Kongsi:

Tentang Kempen

Di bulan Maulidur Rasul ini, jangan sampai terlepas dari keutamaan sedekah makanan di waktu yang mustajab didoakan malaikat!


Mengapa sering kali kita dengar kata-kata “Saya rindu Rasulullah” Mungkin inilah perasan membayangkan dekatnya kita dengan Rasulullah di syurga jika mengikuti sunnah nabi dan bertakwa kepada Allah SWT. Alhamdulillah telah tiba kita memasuki bulan Rabiul Awal iaitu bulan kelahiran Nabi Muhammad SAW. Mengiktiraf dan menyambut maulidur Rasulullah SAW adalah tindakan yang baik yang mencerminkan rasa cinta dan kesyukuran kepada Allah SWT kerana telah mengutuskan Rasulullah SAW sebagai rahmat untuk manusia dan seluruh alam. Perasaan cinta ini juga merupakan sebahagian daripada pegangan kita, seperti yang tercatat dalam Al-Quran surah At-Taubah ayat 128.



“Tidak ada satu subuh-pun yang dialami hamba-hamba Allah kecuali turun kepada mereka dua malaikat. Salah satu di antara keduanya berdoa: “Ya Allah, berilah ganti bagi orang yang berinfak”, sedangkan yang satu lagi berdoa “Ya Allah, berilah kerusakan bagi orang yang menahan (hartanya).” (HR. Bukhari 5/270)



"Sesungguhnya telah datang kepada kamu seorang Rasul dari golongan kamu sendiri (iaitu Nabi Muhammad SAW), yang menjadi sangat berat kepadanya sebarang kesusahan yang ditanggung oleh kamu, yang sangat tamak (inginkan) kebaikan bagi kamu, (dan) ia pula menumpahkan perasaan belas serta kasih sayangnya kepada orang-orang yang beriman." (At-Taubah 9:128)



Sempena memperingati Maulid Nabi ini, marilah kita mendekatkan diri kepada Nabi Muhammad SAW dengan memberikan kasih sayang kepada insan yang disayanginya iaitu anak yatim. Dalam kes ini, dengan sumbangan anda sebanyak RM10, kami akan menyediakan beras dan bungkusan makanan asas untuk anak-anak yatim.



Dengan bantuan anda, Asar Humanity memegang amanah untuk terus menyalurkan kebaikan di hati anda kepada mereka yang memerlukan. Semoga Allah merahmati anda dan keluarga anda dengan rahmatNya. Terima kasih atas penyertaan anda. Jazakumullah khairan.


Jom #BuatBaik!

Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Doa-Doa #Penyumbang

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Sep 28, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Sep 28, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM100.00

Sep 27, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Sep 22, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Sep 22, 2023

Kempen Sumbangan Tamat