ASAR HUMANITY

Dimulakan pada Sep 28, 2022

SEDEKAH SUBUH UNTUK GURU AL QURAN

RM740 / 12.33 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM6,000

42 Penyumbang

Kempen Berakhir!

Kongsi:

Tentang Kempen

Jom bantu guru Al-Quran memenuhi keperluan hidupnya dengan bantuan berupa pakej makanan melalui sedekah subuh. Semoga akan sentiasa mengalir pahala buat anda semua.


Kehadiran guru Al-Quran umpama lentera dalam kehidupan manusia. Kedudukannya begitu mulia, bahkan memegang pewaris para nabi. Guru Al-Quran mempunyai 3 tugas untuk masyarakat iaitu sebagai pengajar, sebagai pendidik dan sebagai pemimpin.


Sebagaimana firman Allah SWT pada ayat Al Quran surah Al-Mujadillah ayat 11: "Wahai orang-orang yang beriman! Apabila diminta kepada kamu memberi lapang dari tempat duduk kamu (untuk orang lain) maka lapangkanlah seboleh-bolehnya supaya Allah melapangkan (segala halnya) untuk kamu. Dan apabila diminta kamu bangun maka bangunlah, supaya Allah meninggikan darjat orang-orang yang beriman di antara kamu, dan orang-orang yang diberi ilmu pengetahuan agama (dari kalangan kamu)- beberapa darjat. Dan (ingatlah), Allah Maha Mendalam Pengetahuannya tentang apa yang kamu lakukan." (Al-Mujaadalah 58:11)



Dengan keikhlasan yang luar biasa, guru Al-Quran biasanya tidak menentukan yuran yang harus dibayar oleh anak muridnya. Contohnya, Encik Iskandar seorang guru Al-Quran dari Jakarta Selatan, Indonesia, kadang-kadang ada ibu bapa yang bayar RM6, dan ada yang tidak.



Di tengah kesulitan yang ada, hal itu tidak mematahkan semangat Encik Iskandar, kerana tujuannya adalah untuk mengajar Al-Quran agar apabila sudah tiada, beliau bisa meninggalkan kesan di dunia ini dan akan menjadi amal jariyah yang pahalanya tidak pernah terputus.



Mereka tak pernah meminta, namun kita tidak mampu melihat saja mereka hidup dalam keterbatasan. Melalui sedekah di waktu subuh dengan segala fadhilatnya, marilah kita membantu guru Al-Quran di Indonesia untuk memenuhi keperluan harian mereka melalui pakej makanan dengan butiran berikut:


1. Beras 1 kg RM4

2. Minyak masak 1 kg RM7

3. Gula 1 kg RM5

4. Telur RM5



Sabda Rasulullah SAW:


“Barangsiapa memuliakan orang yang berilmu (guru), maka sesungguhnya dia telah memuliakanku. Barangsiapa memuliakanku, maka sesungguhnya dia telah mengagungkan Allah. Sesiapa yang mengagungkan Allah, maka tempatnya di syurga."

(Lubab Al-Hadith)


Jom #BuatBaik!

Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Terbaru Perkembangan

Doa-Doa #Penyumbang

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

MOHAMAD IDRUS BIN MOHAMAD DON DON

Menyumbang sebanyak RM10.00

Oct 19, 2022

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Oct 14, 2022

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM100.00

Oct 05, 2022

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Oct 05, 2022

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Oct 03, 2022

Kempen Sumbangan Tamat