Belum berdaftar? Daftar sekarang!
Buat carian Kempen
RM298 / 9.93 %
Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM3,000
21 Penyumbang
Kempen Berakhir!
Memaklumkan kembali keutamaan sedekah subuh. Subuh adalah waktu yang penuh dengan keberkatan, dan bersedekah pada waktu ini membawa rahmat dan kebaikan kepada mereka yang memerlukan. Ketika mentari baru menjelma, dan dunia masih tidur dalam hening subuh, marilah bersama-sama kita sedekahkan subuh yang akan diagihkan berupa makanan kepada mereka yang memerlukan. Kepentingan sedekah di waktu subuh sangat besar dan inilah peluang kita untuk merasai nikmatnya.
Memberi sedekah pada waktu subuh untuk orang lain juga boleh bermakna memulakan hari dengan harapan dan kebahagiaan. InshaAllah setiap sumbangan anda memberi impak yang lebih besar.
Mengapa waktu Subuh sangat istimewa?
Kerana pada waktu ini para malaikat turun ke bumi untuk mendoakan umat Islam yang sedang bersolat dan berderma.
“Tidak ada satu subuh-pun yang dialami hamba-hamba Allah kecuali turun kepada mereka dua malaikat. Salah satu di antara keduanya berdoa: “Ya Allah, berilah ganti bagi orang yang berinfak”, sedangkan yang satu lagi berdoa “Ya Allah, berilah kerusakan bagi orang yang menahan (hartanya).” (HR. Bukhari 5/270)
Jom bersedekah di waktu sahur dalam bentuk makanan untuk membantu golongan miskin dan gelandangan memenuhi keperluan asas mereka. Asar Humanity memegang amanah untuk terus menyalurkan kebaikan di hati anda kepada mereka yang memerlukan. Semoga Allah merahmati anda dan keluarga anda dengan rahmatNya. Terima kasih atas penyertaan anda. Jazakumullah khairan.
Jom #BuatBaik!
Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami
Alhamdulillah ala kulli haal Tim Asar Humanity melawat ke Rumah Singgah Insani Bandung di penghujung bulan suci Ramadhan yang lepas, sambil menghantarkan bantuan pakej makanan asas dan barang runcit lainnya berupa bahan susu, daging sapi segar, daging ayam segar, beras, gula dan bahan pokok lainnya. Barakallahu fiikum Tuan dan Puan!
Rumah Singgah Insani ini adalah rumah yang dibina oleh Bpk Supendi (Abah Lutung) untuk menampung golongan asnaf yang sedang berjuang berobat dari sakit kanker. Rumah yang diprakarsai dengan biaya sendiri dan juga sokongan orang-orang baik bertujuan menyokong perjalanan rawatan khususnya pesakit yang dirujuk dari kawasan yang jauh dari kota Bandung seperti Kerawang, Tasik, Garut, Cirebon, Subang malah dari luar Provinsi Jawa Barat.
Ramai di kalangan fakir miskin yang ahli keluarga mereka sakit sering kesulitan kerana tidak mempunyai wang untuk tempat tinggal apabila terpaksa pergi ke hospital rujukan untuk mendapatkan rawatan.
Berkat keredhaan Allah SWT dan sokongan anda pasien kanker serta keluarga pasien yang sedang berobat di sini mendapatkan bekalan makanan sihat berkhasiat untuk beberapa hari hadapan.
“Terimakasih para pejuang kemanusiaan, telah menghadirkan senyuman di Rumah Singgah Kanker Insani Bandung. Semoga Allah memberikan keberkahan, panjang umur, sehat untuk para penyumbang”
Hanya Allah SWT yang dapat membalas setiap kebaikan yang telah dilakukan dan menjadikan amal ini sebagai ladang pahala, keberkahan dan rezeki yang akan terus berlipat ganda di sisiNya. Jazakumullah khairan ahsanal jazaa.
Berkongsi kebahagiaan lebih luas lagi untuk saudara yang membutuhkan melalui Asar Humanity:
https://sumbangan.com/penganjur/asar-humanity
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Oct 20, 2023