ASAR HUMANITY

Dimulakan pada Nov 23, 2023

INFAQ SUBUH UNTUK SOKONGAN MUSIM SEJUK PELARIAN DI GAZA

RM565 / 18.83 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM3,000

34 Penyumbang

Kempen Berakhir!

Kongsi:

Tentang Kempen

Meraih keutamaan derma harta di waktu subuh, menjemput malaikat subuh melangitkan doa. Jom derma harta untuk membersamai saudara di Gaza bertahan di musim sejuk!


Tuan dan Puan, jangan lelah mendukung Palestin!


Di tengah-tengah genosida yang menyayat hati di Gaza, kita sebagai manusia tidak boleh berdiam diri. Alhamdulillah ala kulli haal. Pada 22 November 2023, Israel bersetuju dengan perjanjian gencatan senjata dengan Gaza selama 4 hari. Semoga pada masa ini Zionis sedar dan tiada lagi keganasan dan jenayah yang merugikan saudara-saudara kita di Palestin pada masa hadapan.



Pada masa ini, kita tidak boleh mengurangkan sokongan kita kepada Palestin. Ayuh teruskan menyuarakan isu Palestin di platform media sosial kita. Adakah kita berasa penat mempertahankan Palestin? Ingatlah bahawa itu adalah matlamat pihak Zionis. Kita tidak boleh berhenti pada tahap ini.


Saat ini, doa dan tindakan kita adalah sinar harapan untuk saudara-saudara kita yang sedang berjuang untuk bertahan. Sebagai umat Islam, marilah kita bersama-sama meraih keberkatan pada waktu yang istimewa iaitu di waktu subuh untuk memohon pertolongan daripada Allah SWT yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.



Dalam usaha membantu mereka yang terjejas akibat serangan dan kekejaman, kami menjemput anda semua untuk menyertai kempen sedekah pagi. Dengan solat subuh bersama-sama, kita memohon keampunan atas dosa-dosa umat Islam dan memohon pertolongan-Nya untuk melindungi saudara-saudara kita di Gaza, serta mencapai kemerdekaan Palestin dan pembebasan Masjid Al Aqsa.



Dengan penuh keyakinan, Asar Humanity inshaAllah berusaha menjalankan amanah untuk mengagihkan sumbangan anda terus kepada pelarian di Gaza. Dalam menghadapi musim sejuk yang mencabar, derma anda akan disalurkan untuk menyediakan bantuan musim sejuk seperti khemah, selimut, tilam, utiliti pembersihan dan peralatan lain yang diperlukan untuk mereka bertahan dalam cuaca sejuk.



Bermula daripada sumbangan RM10, anda boleh sertai kami dalam memberikan bantuan yang amat diperlukan ini. Semoga Allah memberi perlindungan dan rahmat yang melimpah ruah kepada anda dan keluarga mereka. Jazakumullah khairan.


Jom #BuatBaik!

Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Terbaru Perkembangan

Doa-Doa #Penyumbang

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Dec 06, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Nov 27, 2023

SITI KHAMISAH MD HASSAN

Menyumbang sebanyak RM10.00

Nov 27, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Nov 25, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Nov 25, 2023

Kempen Sumbangan Tamat