MAAHAD TAHFIZ AL QURAN NURUL HIDAYAH

Dimulakan pada Dec 30, 2022

SEDEKAH SUBUH TUNGGAKAN YURAN TAHFIZ ASNAF

RM655 / 3.28 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM20,000

42 Penyumbang

Kempen Berakhir!

Kongsi:

Tentang Kempen

RAIH DOA KEBERKATAN BAGINDA SAW DI PAGI HARI DENGAN BERIKAN SEDEKAH TERBAIK UNTUK GOLONGAN PENCINTA AL-QURAN. BERSEGERALAH UNTUK MELAKUKAN AMAL KEBAIKAN BAGI MERAIH CINTA ALLAH


Sedekah subuh termasuk dalam sedekah terbaik. Waktu terbaik untuk kita bersedekah adalah setelah solat subuh kerana itulah waktu terbaik untuk mendapatkan doa mustajab daripada malaikat. Kata Rasulullah SAW, setiap Subuh Allah turunkan Malaikat mendoakan orang yang bersedekah subuh bahkan Rasulullah turut mendoakan keberkatan buat umatnya yang melakukan apa jua amal kebaikan termasuklah bersedekah yang terdapat banyak ganjarannya.


Rasulullah SAW berdoa: "Ya Allah, berkatilah umatku di waktu pagi. Semoga keberkatan selalu tercurah bagi umatku yang beraktiviti di pagi hari." (HR. At-Tabrani)



Pihak Maahad membuka peluang seluasnya buat para penyumbang untuk memberi sumbangan bagi pihak maahad menampung yuran tunggakan maahad. Keadaan ekonomi yang tidak stabil sejak pandemik covid-19 melanda menyebabkan ramai waris pelajar terjejas sumber pendapatan. Bagi memastikan para pelajar ini tidak keciciran peluang dalam menuntut ilmu untuk belajar Al-Quran dan mendalami imu agama pihak maahad tidak mengenakan yuran pengajian buat para pelajar yang waris mereka kurang berkemampuan.




Untuk makluman majoriti anak-anak tahfiz di Maahad Tahfiz Al-Quran Nurul Hidayah ini terdiri daripada kalangan anak-anak yatim dan juga asnaf. Hanya sebahagian saja yang mampu melunaskan yuran sepenuhnya dan pihak maahad mengambil inisiatif memohon sumbangan daripada orang ramai bagi menampung kos tunggakan yuran. Walaupun dalam keadaan keterbatasan dari segi kewangan dengan tunggakan yuran sebanyak RM20,000 pihak maahad sentiasa berusaha untuk memastikan para pelajar yang kurang berkemampuan turut juga dapat meneruskan pengajian belajar Al-Quran di sini. Hal ini kerana menuntut ilmu adalah ibadah mulia dan agung sehingga ianya adalah wahyu pertama yang diturunkan kepada Nabi Muhammad SAW.



Impian pihak Maahad ialah melahirkan manusia yang berilmu yang beramal dengan isi kandungan Al-Quran seterusnya menjadi insan yang bermanfaat buat Islam dan dapat bantu menyebarkan agama Allah yang mulia ini. Sehubungan itu, pihak maahad mengajak muslimin muslimat yang dermawan sama-sama bantu menyokong usaha murni ini dengan menyumbang bagi meringankan beban maahad menampung yuran-yuran yang tertunggak.



Akhir kata, pihak maahad mengucapkan jazakumullahu khairan jaza atas jasa baik dan kemurahan hati tuan/puan yang mulia yang bersedekah menampung tunggakan yuran buat anak-anak tahfiz belajar Al-Quran. Waktu mustajab adalah selepas solat subuh dan sebelum masuknya waktu syuruk. Maka mari bersama biasakan diri untuk amalkan sedekah subuh serendah RM10. Kerana walau hanya RM10 tapi jika dilakukan secara istiqomah, disitu ada doa malaikat dan doa malaikat mustajab di sisi Allah. Ayuh segerakan amalan baik di permulaan hari insya Allah.


“Setiap pagi, dua malaikat turun mendampingi seorang hamba, Yang satu mendoa : Wahai Tuhan! Berikanlah ganti rugi bagi dermawan yang menyedekahkan hartanya.” (Muttafaq’alaihi)


Jom #BuatBaik!

Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Terbaru Perkembangan

Tiada perkembangan

Doa-Doa #Penyumbang

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Jan 13, 2023

NURHIDAYAH BINTI MASRI

Menyumbang sebanyak RM10.00

Jan 13, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM25.00

Jan 13, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Jan 12, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Jan 12, 2023

Kempen Sumbangan Tamat