Belum berdaftar? Daftar sekarang!
Buat carian Kempen
RM222 / 7.40 %
Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM3,000
14 Penyumbang
Kempen Berakhir!
Di antara amalan yang paling dicintai oleh Allah ialah memberi makan kepada mereka yang memerlukan. Terdapat begitu banyak keluarga miskin, warga emas, dan asnaf yang tidak mampu mendapatkan makanan yang mencukupi dan layak untuk hidup seharian.

Setiap hari mereka berjuang demi sesuap nasi, hidup dalam kekurangan dan tanpa kepastian akan makanan untuk hari esok. Rasulullah SAW bersabda:
"Sebaik-baik manusia adalah yang paling bermanfaat bagi manusia lain."
ASAR Humanity mengajak anda semua untuk turut serta dalam program sedekah barangan keperluan asas ini. Sumbangan anda, walau sekecil mana sekalipun, akan digunakan untuk menyediakan pakej keperluan asas yang terdiri daripada makanan asas seperti beras, minyak, tepung, gula, dan barangan keperluan harian lain.

Kami akan menyalurkan bantuan ini kepada mereka yang benar-benar memerlukan, keluarga yang hidup dalam serba kekurangan, warga emas yang tidak berdaya bekerja, dan golongan asnaf yang tidak mampu mendapatkan makanan secukupnya. Setiap sumbangan anda bukan sahaja meringankan beban mereka, tetapi juga menjadi amal jariah yang berterusan.

Insya-Allah, sedekah anda akan membawa keberkatan dan menjadi bekal kebaikan di akhirat kelak. Marilah bersama-sama kita membantu mereka yang kurang bernasib baik, ringankan beban mereka dan kongsikan rezeki. Semoga Allah memberkati setiap kebaikan anda.
Jom #BuatBaik!
Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami
Alhamdulillah, dengan izin Allah dan sokongan para penyumbang yang budiman melalui sumbangan.com, ASAR Humanity telah berjaya melaksanakan agihan bantuan makanan kepada warga emas di sebuah panti jompo yang sangat memerlukan.
Pihak pengurusan panti jompo memaklumkan bahawa mereka berhadapan kesukaran menyediakan makanan berkhasiat setiap hari kerana keterbatasan dana. Sedangkan, warga emas di sini memerlukan makanan seimbang untuk menguatkan tubuh dan kesihatan mereka yang semakin lemah.

Bantuan ini digunakan untuk penyediaan makanan harian warga emas yang berada di bawah penjagaan panti jompo tersebut. Ramai daripada mereka sudah tidak mempunyai keluarga yang menjaga, dan hanya bergantung sepenuhnya kepada ihsan penjaga dan masyarakat.

Kami ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua penyumbang budiman di Sumbangan.com.
Tanpa anda, bantuan ini tidak akan sampai kepada mereka yang sangat memerlukannya.
Semoga sumbangan ini menjadi saham akhirat dan amal jariah buat semua yang terlibat.

Insya-Allah, kami akan terus menyantuni lebih ramai warga emas yang terlupakan,
supaya mereka tidak merasa sendirian dalam menghabiskan sisa usia.
Jom teruskan berkongsi rezeki!
Alhamdulillah,
Sebelum ini, pasukan ASAR Humanity telah berjaya menghantarkan agihan makanan asas untuk dua orang warga emas di Lombok.

Dahulu, mereka tinggal di sebuah gubuk yang sering terjejas banjir. Alhamdulillah, kini mereka telah berpindah ke rumah saudara yang sudi membantu. Walaupun hanya tinggal di satu kamar kecil, kedua-duanya tampak lebih sihat dan gembira.

Jom, teruskan sokongan anda untuk membahagiakan lebih ramai warga emas melalui kempen ini.
https://sumbangan.com/bantuanmakananasnafmiskin2
Sedekah kecil anda mampu membawa perubahan besar dalam hidup mereka. 🤲❤️
#ASARHumanity #KempenBantuWargaEmas #BerkongsiRezeki #SedekahJariah
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Jan 03, 2025
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM25.00
Jan 02, 2025
MOHD EFZAUFI MAULAH
Menyumbang sebanyak RM10.00
Jan 02, 2025
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Jan 01, 2025
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM17.00
Jan 01, 2025