Belum berdaftar? Daftar sekarang!
Buat carian Kempen
RM664 / 22.13 %
Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM3,000
31 Penyumbang
Kempen Berakhir!
Di bulan Syawal yang penuh berkah dan kemenangan, mari kita teruskan semangat kebaikan dengan menebarkan cahaya Al-Quran kepada pelajar tahfiz yang memerlukan. Satu gerakan murni telah dilancarkan untuk membekalkan Al-Quran kepada pelajar-pelajar di Maahad Tahfiz yang gigih menuntut ilmu untuk menuntut ilmu agama.

Al-Quran bukan sekadar kumpulan kata-kata, tetapi petunjuk yang membawa hidup kita ke jalan yang terang. Di bulan yang penuh barakah ini, marilah kita bersama-sama menghadiahkan Al-Quran bagi mereka yang berusaha menimba ilmu agama dengan penuh semangat.

Rasulullah SAW telah mengajar kita betapa istimewanya setiap huruf dalam Al-Quran. Tidak ada satu huruf pun yang kita baca tanpa mendapat pahala. Setiap surat adalah pelaburan yang tidak ternilai, yang akan terus mengalir sebagai sedekah kepada kita. Ayuh kita teruskan amal soleh ini, sebagai sebahagian daripada amal soleh kita yang akan terus mengalir dan mendapat keberkatan Allah SWT.
"Barangsiapa membaca satu huruf dari kitab Allah, baginya satu kebaikan, dan satu kebaikan itu dilipatgandakan sepuluh kali lipat." (HR. at-Tirmidzi)

Dengan sumbangan Al-Quran bernilai RM35, bukan sahaja menyediakan bahan bacaan kepada pelajar maahad tahfiz, malah membantu mereka mendapat hidayah dan rahmat yang tidak ternilai. Semoga Allah menerima setiap langkah kita ke arah kebaikan, dan semoga setiap bacaan Al-Quran dari sumbangan ini menjadi sumber keberkatan untuk kita semua.

Ayuh, mari sertai gerakan ini dan berikan cahaya Al-Quran kepada mereka yang memerlukannya. Semoga Allah menerima setiap langkah kecil kita ke arah kebaikan, dan semoga setiap bacaan Al-Quran dari sumbangan ini menjadi sumber keberkatan bagi kita semua.
Jom #BuatBaik!
Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami
Assalamu'alaikum Tuan dan Puan,
Tuan dan Puan, semoga Allah selalu lindungi anda dan keluarga serta merahmati anda dengan keberkahan dan keampunanNya.
Alhamdulillah ala kulli haal tim Ksatria Bogor menghantarkan bantuan daripada penyumbang berupa Al Quran kepada Mushola Raudhatul Ibad. Di mushola inilah kanak-kanak sekitar dusun mengaji dan belajar Al Quran. Barakallahu fiikum tuan dan puan!
MashaAllah kanak-kanak yang mengaji di mushola Raudhatul Ibad sangat senang dan sangat bersemangat ketika memiliki Qur'an baru. Mereka tak perlu lagi beratur dan menunggu untuk memegang Al Quran. InshaAllah bantuan ini dapat membantu mereka mengaji dengan lancar. Kegembiraan ini terlihat pada beberapa anak yang mengencangkan suaranya saking bahagianya mengaji.
Alhamdulilah semoga pahala jariah ini terus mengalir kepada para penyumbang yang senantiasa selalu menyisihkan sebagian hartanya untuk membantu pelajar tahfiz Al Quran di luar bandar.
Hanya Allah SWT yang dapat membalas setiap kebaikan yang telah dilakukan dan menjadikan amal ini sebagai ladang pahala, keberkahan dan rezeki yang akan terus berlipat ganda di sisiNya. Jazakumullah khairan ahsanal jazaa.
Bersedekah Al Quran lagi untuk lebih ramai kanak-kanak di luar bandar melalui Asar Humanity:
https://sumbangan.com/sedekahalquranmuharrampelajarmaahad



Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM30.00
May 10, 2024
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM14.00
May 01, 2024
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM200.00
Apr 26, 2024
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM25.00
Apr 25, 2024
ROMY AZHAR BIN ABDUL RAHIM
Menyumbang sebanyak RM10.00
Apr 23, 2024