Belum berdaftar? Daftar sekarang!
Buat carian Kempen
RM835 / 27.83 %
Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM3,000
54 Penyumbang
Kempen Berakhir!
Maahad Ainul Yaqin Batagak dibina pada tahun 1989 di Masjid Ainul Yaqin Padang Kudo Batagak, Jorong Sawah Liek, Nagari Batagak, Kecamatan Sungai Pua, Kabupaten Agam, Sumatera Barat. Jumlah guru dan pengajar adalah 20 orang. Beberapa pengajar dibayar honorarium mengikut waktu bekerja maksimum RM130 per bulan. Inilah perkara yang paling mendukacitakan hati kami apabila berkunjung ke maahad.
Pengajar juga tidak menerima gaji selama 8 bulan. Tetapi kerana ketabahan dan kesanggupan guru-guru demi melahirkan generasi bangsa yang terpelajar, mereka masih mau mengajar di maahad ini. Beberapa kali ada guru yang tidak dapat datang ke sekolah kerana tidak mempunyai wang untuk membeli petrol untuk motor. Rata-rata guru tidak tinggal di sekolah. Hanya beberapa orang guru sahaja yang tinggal di sekolah tersebut.
Ada 50 pelajar di maahad ini, keadaan bilik air asrama pula tiada pintu. Jika hendak mandi, mereka menutup pintu dengan kain panjang. Mandi dilakukan pada satu masa bersama-sama. Keterbatasan ini menyebabkan pelajar terpaksa beratur dan bersabar jika ingin ke tandas.
Kami ingin menjemput anda untuk sama-sama membina telaga wuduk untuk pelajar maahad tahfiz. Kami masih memerlukan dana sebesar RM20,000, untuk menyara 1 kawasan wuduk dan tandas. InshaAllah sumbangan anda akan mewujudkan sumber air bersih iaitu pembinaan tandas dan tempat wuduk pelajar tahfiz di maahad ini.
Sekiranya pembinaan tempat wuduk Maahad Ainul Yaqin telah dibiayai oleh pihak lain, maka sumbangan anda akan dibangunkan untuk tempat wuduk maahad yang lain. Jika hal ini terjadi, kami akan memaklumkan nama maahad yang baru untuk dibina.
Jom #BuatBaik!
Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami
Assalamu'alaikum tuan-tuan dan puan-puan!
Semoga berita ini mendapati anda dan keluarga dalam keadaan baik dan sejahtera.
Alhamduliah, program bina pulih area wuduk dan tandas Maahad Ainul Yaqin telah berjaya dilaksanakan. Kini pelajar maahad boleh bebasuh dengan menjaga kehormatan mereka di tempat tertutup. Proses pembinaan mengambil masa yang agak lama iaitu sehingga lebih kurang 2 minggu disebabkan keadaan yang agak jauh dari pusat bandar dan hujan terus turun dan tidak menentu.
Pelajar Maahad amat berterima kasih atas bantuan membina kawasan wuduk dan tandas, kerana sehingga kini mereka menggunakan kawasan tandas yang tidak patut. Hal ini disebabkan Mahaad tidak mempunyai dana yang mencukupi untuk mengubah suai kawasan wuduk dan tandas.
Barakallahu fiikum Tuan-tuan dan puan-puan, telah siap dibina tandas Maahad Ainul Yaqin dan tasik wuduk yang diamanahkan. Terima kasih banyak atas sumbangan dan kemurahan hati anda. Semoga Allah SWT melimpahkan rezeki yang melimpah ruah dan keberkatan buat tuan sekeluarga. Dan semoga sumbangan ini menjadi pahala jariyah atas anda, bayangkan 186 orang yang terdiri dari pelajar, asatidz dan pentadbir maahad yang akan mendapat keselesaan dalam menyucikan diri. Amin ya Rabb. Jazakumullah khairan.
Barakallahu fiikum Tuan dan Puan, mohon doanya semoga pembinaan tandas dan telaga wuduk Maahad Ainul Yaqin yang telah anda amanahkan segera wujud. Terima kasih banyak atas sumbangan dan kedermawanan anda. Semoga Allah SWT limpahkan rezeki dan keberkahan yang berlipat ganda kepada anda serta keluarga. Aamiin. Jazakumullah khairan.
Perkembangan Pembinaan Tandas dan Telaga Wuduk Maahad Ainul Yaqin
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Feb 23, 2023
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Feb 23, 2023
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Feb 23, 2023
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Feb 23, 2023
HISHAM
Menyumbang sebanyak RM10.00
Feb 23, 2023