PERTUBUHAN BRIGED PRIHATIN

Dimulakan pada Nov 17, 2021

SEDEKAH UMRAH DAN UMRAH BERSAMA PU HILMI

RM360 / 0.14 %

Telah Terkumpul Daripada Sasaran Sumbangan RM250,000

24 penyumbang

115 Baki Hari

Kongsikan:

Tentang Kempen

𝐒𝐞𝐝𝐞𝐤𝐚𝐡 𝐢𝐭𝐮 𝐝𝐚𝐩𝐚𝐭 𝐦𝐞𝐧𝐠𝐡𝐚𝐩𝐮𝐬 𝐝𝐨𝐬𝐚 𝐬𝐞𝐛𝐚𝐠𝐚𝐢𝐦𝐚𝐧𝐚 𝐚𝐢𝐫 𝐢𝐭𝐮 𝐦𝐞𝐦𝐚𝐝𝐚𝐦𝐤𝐚𝐧 𝐚𝐩𝐢“ 

(𝐇𝐑𝐀𝐭-𝐓𝐢𝐫𝐦𝐢𝐝𝐳𝐢)

 

Kempen kali ini ditubuhkan dengan tujuan mencari dana bagi mereka yang tidak berkemampuan untuk melakukan Ibadah Umrah. Antara faktor yang diambil kira dan layak untuk menyertai Umrah ini adalah seperti golongan asnaf yang teringin ke Mekah untuk melakukan ibadah Umrah tetapi tidak berkemampuan, orang-orang tua yang tidak mampu dan uzur, dan mereka yang serba kekurangan untuk menunaikan ibadah Umrah.

 

Pertubuhan Briged Prihatin ingin mengajak anda semua untuk kita sama-sama bantu membantu saudara kita yang tidak berkemampuan.  

 

Jumlah yang diperlukan untuk kempen ini adalah sebanyak 𝐑𝐌𝟐𝟓𝟎,𝟎𝟎𝟎 termasuk dengan semua kelengkapan dan tempat tinggal di sana. Menyumbang serendah RM10 di sini.

 

Kami menyeru orang ramai untuk sama-sama menyumbang dan mengambil bahagian dalam usaha membantu mereka yang tidak berkemampuan untuk melakukan ibadah Umrah. Sekecil-kecil sedekah yang anda sumbangkan ini amat bermakna buat mereka yang teringin menunaikan umrah. Semoga dengan sumbangan daripada anda ini dapat dipermudahkan segala urusan anda dunia dan akhirat. 

 

“Apabila mati seorang manusia, terputuslah daripadanya amalannya kecuali tiga perkara: Sedekah jariah atau ilmu yang dimanfaatkan dengannya atau anak yang soleh yang mendoakan baginya.”

-Hadis Riwayat Muslim-

 

Inilah saham akhirat yang modalnya sangat kecil kita laburkan, tetapi untung kita kutip di akhirat kelak. Insyaallah. Mudah-mudahan setiap sumbangan yang kita berikan akan menjadi pemberat timbangan dan dapat menyelamatkan kita dari siksa neraka. 

Anda merasakan kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Kongsikan:

Perkembangan Terbaru

Tiada perkembangan

Doa-doa #Penyumbang

Rujukan Teratas

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

HAMBA ALLAH

Menyumbang sebanyak RM10.00

Dec 04, 2021

HAMBA ALLAH

Menyumbang sebanyak RM10.00

Dec 03, 2021

HAMBA ALLAH

Menyumbang sebanyak RM25.00

Nov 26, 2021

HAMBA ALLAH

Menyumbang sebanyak RM15.00

Nov 26, 2021

HAMBA ALLAH

Menyumbang sebanyak RM10.00

Nov 22, 2021