Perkim Bandar Tasik Puteri

Dimulakan pada Jan 18, 2024

RAYUAN SEDEKAH UNTUK ANAK YATIM

RM3,861 / 34.47 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM11,200

97 Penyumbang

Kempen Berakhir!

Kongsi:

Tentang Kempen

Tujuan kempen ini adalah untuk keperluan 70 orang anak-anak yatim sepanjang Ramadhan ini dan juga membeli baju raya. Ayuh berkongsi sedikit rezeki dan tempah peluang berjiran dengan Nabi SAW!


Assalamu’alaikum wbt.Mahukah anda membantu anak-anak yatim dan berjiran dengan Nabi SAW di syurga nanti?


Mereka bukan tinggal di rumah anak yatim yang besar dan terkenal, tetapi 70 anak-anak ini tinggal di 2 buah rumah yang dinamakan “Baitul Kasih” dan dijaga bersama oleh PERKIM BTP.




Untuk Ramadhan 2023, PERKIM telah menaja sahur dan iftar untuk mereka.



Tahun ini kami juga ingin membeli baju raya untuk mereka supaya mereka juga dapat baju baru setiap kali raya sama seperti kanak-kanak yang ada ibubapa.




Berkenaan menyantuni anak-anak yatim ini, daripada Abu Hurairah RA, bahawa Nabi SAW bersabda:


“Orang yang menanggung anak yatim miliknya atau milik orang lain, aku dan dia seperti dua ini (Nabi SAW mengisyaratkan dengan dua jari baginda SAW) di syurga.” (Sahih Muslim, No. 2983)



Kedudukan kita adalah hampir dengan Nabi SAW di syurga nanti. Semoga Allah mengurniakan kita semua tempat di syurga-Nya. Oleh itu, hulurkan seikhlas hati dari sekarang, supaya PERKIM bersedia lebih awal dan boleh merancang awal untuk pelaksanaannya nanti.



Sasaran kami adalah mampu membelanjakan kos untuk  sahur dan iftar sebanyak 70 orang dengan kos RM3.00 selama 30 hari bersamaan RM6,300. Baju raya untuk 70 orang sebanyak RM70 bersamaan RM4,900. Oleh itu, jumlah yang diperlukan ialah RM11,200. Semoga Allah memberi kemurahan rezeki kepada para penyumbang yang dermawan.


Jom #BuatBaik!

Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Terbaru Perkembangan

Doa-Doa #Penyumbang

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Apr 03, 2024

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Apr 03, 2024

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Apr 02, 2024

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM100.00

Apr 01, 2024

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM25.00

Mar 31, 2024

Kempen Sumbangan Tamat