ASAR HUMANITY

Dimulakan pada Oct 25, 2024

SEDEKAH AIR BERSIH DAN KEPERLUAN ASAS UNTUK LEBANON

RM475 / 15.83 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM3,000

25 Penyumbang

60 Baki Hari

Kongsi:

Tentang Kempen

Jom bantu masyarakat Lebanon mendapatkan air bersih, makanan dan keperluan asas di tengah konflik bersama ASAR Humanity.


Konflik berpanjangan dan serangan berulang kali telah memaksa lebih dari 1.5 juta penduduk untuk berpindah dan kehilangan tempat tinggal. Ekonomi yang runtuh, kekurangan bahan makanan, dan akses terbatas kepada air bersih telah memperburuk keadaan. Di tengah krisis ini, banyak keluarga, terutama anak-anak, ibu, dan warga emas, yang harus bertahan hidup dengan bekalan yang sangat minimum.



Lebanon kini berada di tengah krisis kemanusiaan yang sangat mendalam.


ASAR Humanity telah berjaya menyalurkan makanan hangat kepada saudara-saudara kita di Lebanon. Namun, ini hanyalah secuil dari keperluan yang sangat mendesak. Lebih dari 80% penduduk Lebanon hidup di bawah garis kemiskinan. Mereka tidak hanya kehilangan tempat tinggal, tetapi juga akses kepada makanan, air bersih, dan ubat-ubatan.



Bank Dunia melaporkan bahawa krisis di Lebanon adalah salah satu yang paling buruk sejak pertengahan abad ke-19. Di tengah situasi ini, serangan zionis hanya menambah kesengsaraan mereka.



Kami ingin terus mengirimkan makanan hangat kepada mereka yang menderita di Lebanon. Setiap sumbangan dari anda akan membantu membawa makanan dan harapan kepada mereka yang sedang berjuang untuk bertahan hidup. Sedikit dari kita, besar bagi mereka. Setiap bantuan yang anda hulurkan akan menjadi cahaya harapan buat mereka yang kini dalam kegelapan.



"Siapakah yang mahu memberi pinjaman kepada Allah, pinjaman yang baik (menafkahkan hartanya di jalan Allah), maka Allah akan melipatgandakan pembayaran kepadanya dengan lipatan yang banyak."

(Surah Al-Baqarah, ayat 245)



Mari kita berganding bahu membantu saudara-saudara kita di Lebanon. Setiap sen yang anda sumbangkan, akan menjadi bekal amal jariah yang berkekalan. Jangan biarkan mereka menderita dalam diam, bantuan anda sangat bermakna. Jazakumullahu khairan atas sumbangan dan sokongan anda.


Jom #BuatBaik!

Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Terbaru Perkembangan

Tiada perkembangan

Doa-Doa #Penyumbang

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

Tiada sumbangan