MA'AHAD DARUL MUSTAFA

Dimulakan pada Jun 01, 2023

RAIH KEBERKATAN DENGAN BERSEDEKAH DALAM ZULKAEDAH

RM60 / 2.00 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM3,000

2 Penyumbang

Kempen Berakhir!

Kongsi:

Tentang Kempen

Jom sama-sama kita meraih pahala di bulan Zulkaedah yang penuh rahmat dan berkat dengan bersedekah. Ayuh kita semua bantu anak-anak tahfiz Maahad Darul Mustafa.


Syawal berganti dengan Zulkaedah yang dinanti-nanti oleh seluruh umat Islam. Bulan Zulkaedah adalah salah satu dari empat bulan haram. Bulan haram ialah bulan yang amat dimuliakan. Bulan haram adalah bulan persaudaraan, perdamaian dan kemaafan. Masyarakat kafir Quraisy menangguhkan permusuhan dan peperangan di bulan haram maka kita sebagai umat Islam hendaklah lebih menghormati bulan-bulan haram ini. Eratkan silaturrahim, berdamaikan antara satu sama lain dan berlapang dada. 



Daripada Abu Bakrah, sesungguhnya Rasulullah SAW telah bersabda, "Sesungguhnya zaman itu berputar sejak awal waktu Allah menjadikan langit-langit dan bumi. Satu tahun mengandungi dua belas bulan ini, darinya empat bulan haram, tiga dari empat bulan ini berturut-turutan iaitu Zulkaedah, Zulhijjah dan Muharram dan satu bulan berasingan ialah Rejab di antara Jamadil Akhir dan Sya'aban."



"Orang-orang yang membelanjakan (mendermakan) hartanya pada waktu malam dan siang, dengan cara sembunyi atau terbuka, maka mereka beroleh pahala di sisi Tuhan mereka, dan tidak ada kebimbangan (dari berlakunya kejadian yang tidak baik) terhadap mereka, serta mereka pula tidak akan berdukacita." (Surah al-Baqarah: 274)



Marilah kita berkongsi rezeki kepada anak-anak tahfiz yang terdiri daripada golongan anak yatim, miskin dan asnaf yang akan menerima manfaat melalui bantuan ini. Inilah masanya untuk menyebarkan kebaikan dan InsyaAllah akan menjadi simpanan di dunia dan akhirat. Bersedekah akan menambah keberkatan hidup. Ia juga dapat membantu dan memudahkan anak-anak tahfiz dalam pengajian agama dan Al-Quran dari segi keperluan asas dan pembelian peralatan belajar.


Jom #BuatBaik!

Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Terbaru Perkembangan

Tiada perkembangan

Doa-Doa #Penyumbang

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

NABILAH BINTI ZULKIFLI ASRAP, RASMINAH BINTI MOHAYAT, SURTIMAN BIN SALIMAN

Menyumbang sebanyak RM10.00

Jun 19, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM50.00

Jun 08, 2023

Kempen Sumbangan Tamat