Belum berdaftar? Daftar sekarang!
Buat carian Kempen
MAAHAD TAHFIZ AL QURAN NURUL HIDAYAH
Dimulakan pada Feb 13, 2025
RM310 / 3.10 %
Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM10,000
16 Penyumbang
Kempen Berakhir!
Assalamualaikum, muslimin dan muslimat yang dirahmati Allah SWT ,pihak maahad ingin membuka peluang kepada kalian semua bagi merebut kelebihan malam Nisfu Syaaban pada malam ini dan kelebihan bulan Ramadan yang bakal tiba tidak lama lagi melalui infaq Ihya’ Ramadhan bagi menjayakan dan memudahkan pengurusan program yang akan dilaksanakan sepanjang bulan Ramadhan kelak.

Melalui sumbangan yang hulurkan, pihak maahad akan menyediakan jamuan berbuka puasa serta sahur, membuat bubur lambuk dan mengedarkannya kepada penduduk sekitar maahad. Kami juga akan memberi saguhati kepada anak-anak tahfiz yatim dan asnaf, memberi saguhati kepada anak-anak tahfiz yang menjadi imam di surau maahad dan menampung kos operasi maahad sepanjang bulan Ramadan. Sekiranya terdapat lebihan kewangan daripada program ihya Ramadan ini, ia akan digunakan bagi menampung kos operasi bagi bulan-bulan yang akan datang.

“Sedekah dapat menghapus dosa sebagaimana air memadamkan api.”
(Riwayat At-Tirmidzi, 614)

Marilah kita sama-sama bergandingan tangan dalam berkongsi kebaikan buat para pelajar tahfiz yang sedang gigih mengejar impian mereka. Sumbangan kalian sama ada kecil atau besar amat kami hargai. Semoga Allah SWT membalas kebaikan tuan-tuan dan puan-puan dengan kebahagian dunia dan akhirat.
Jom #BuatBaik!
Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami
Terima kasih kepada para penyumbang yang membantu dalam penyediaan air minuman kepada anak-anak tahfiz dan ustaz-ustaz berbuka puasa. Kebiasaannya pelajar dan kakitangan akan mula berbuka dengan kurma dan air minuman kemudian selepas solat maghrib barulah akan menjamu makanan yang berat seperti nasi dan sebagainya.




Selain itu, pihak maahad membeli barangan untuk dimasak sebagai santapan berbuka.




Iftar Pelajar



MISBA
Menyumbang sebanyak RM10.00
Feb 15, 2025