HUMAN INITIATIVE

Dimulakan pada Jul 14, 2025

JOM BANTU SEDIAKAN MAKANAN UNTUK SAUDARA KITA DI GAZA

RM720 / 2.88 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM25,000

28 Penyumbang

Kempen Berakhir!

Kongsi:

Tentang Kempen

Jom bantu Gaza! RM20 boleh sediakan makanan untuk yang memerlukan. Setiap sumbangan anda bantu mereka terus kuat dan tidak kelaparan hari ini.


Setiap hari, ribuan keluarga di Gaza terpaksa mengharungi hari tanpa kepastian makanan. Ada yang terpaksa berpuasa bukan kerana ibadah, tetapi kerana tiada apa untuk dimakan. Menurut Program Makanan Sedunia (WFP), lebih 80% penduduk Gaza kini mengalami krisis kekurangan makanan. Ramai hanya mampu makan sekali sehari, dengan bahan asas yang terhad. Kanak-kanak dan warga emas antara golongan paling terjejas. 



Walaupun diuji dengan peperangan dan tekanan hidup, semangat mereka untuk terus hidup sangat luar biasa. Namun, mereka tetap memerlukan sokongan asas seperti makanan yang berkhasiat dan mencukupi.



Melalui Human Initiative, anda boleh membantu:


1. Menyediakan makanan siap santap untuk keluarga yang memerlukan

2. Menyalurkan bahan makanan asas seperti beras, tepung, minyak & kekacang

3. Menyokong pengoperasian dapur umum di kawasan pelindungan


Sumbangan anda hari ini boleh menjadi sebab untuk mereka makan dengan tenang malam ini. Kami di Human Initiative sedang melaksanakan misi bantuan makanan di Gaza, dan kami memerlukan anda bersama kami.



Jom, kita hulurkan tangan dan beri mereka harapan untuk terus bertahan dalam keadaan yang amat mencabar. Saudara-saudara kita di Gaza sedang berjuang setiap hari untuk meneruskan kehidupan dengan serba kekurangan, terutama dari segi makanan dan keperluan asas. 



Dengan sedekah ini, anda berpeluang menyampaikan bantuan yang amat diperlukan, meringankan penderitaan mereka dan memberi sinar dalam hari-hari yang kelam. Setiap ringgit yang anda sumbangkan bukan sekadar bantuan material, tetapi adalah rezeki yang besar maknanya, lambang kasih sayang dan solidariti kita sesama umat.


Jom #BuatBaik!

Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Laporan Kempen

Tiada perkembangan

Doa-Doa #Penyumbang

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM50.00

Jul 24, 2025

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Jul 21, 2025

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM25.00

Jul 19, 2025

BIBISABJAN BINTI MOHD KHAN

Menyumbang sebanyak RM100.00

Jul 18, 2025

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Jul 17, 2025

Kempen Sumbangan Tamat