ILTIZAM RELIEF SOCIETY

Dimulakan pada Nov 03, 2021

RAYUAN DERMA BANTUAN MUSIM SEJUK UNTUK MANGSA KEGANASAN DAN PERANG

RM1,376 / 22.93 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM6,000

52 Penyumbang

Kempen Berakhir!

Kongsi:

Tentang Kempen

Nikmat Mana Yang Nak DiDustakan, kami mengajak para dermawan untuk bersama kami, bantu mereka ini. Semoga Allah Berkati Setiap Pinjaman Kita Pada Allah. Aamiin.


 “Sesiapa yang menjadikan urusan orang lain mudah, pasti ALLAH akan memudahkan urusannya di dunia dan di akhirat”. Riwayat Hadis Muslim


Musim Sejuk Datang Lagi


Selimut untuk mangsa keganasan, pelarian Rohingya.



Hembusan angin sejuk sudah mula dirasai di beberapa negara seperti Myanmar dan Bangladesh. Cuaca kering dan dingin merupakan satu lagi cabaran besar buat etnik Rohingya yang menetap di Myanmar dan juga yang berlindung di khemah-khemah pelarian di Bangladesh. Khemah sementara yang dibina daripada buluh dan plastik dan berlantaikan tanah tidak mampu menahan mereka dari kesejukan melampau terutama pada waktu malam.


Ramai di kalangan mereka yang terkesan terdiri daripada warga tua dan anak-anak kecil. Mereka hanya mampu memanaskan badan dengan nyalaan unggun api dan tidur berpelukan sesama keluarga untuk mengelakkan dari kesejukkan melampau yang boleh meragut nyawa. 


Baju harian mereka yang lusuh dan nipis, tidak mungkin dapat membantu mereka dimusim sejuk ini. 

Justeru itu, mereka amat mengharapkan bantuan selimut yang dapat mengurangkan sedikit kesejukan melampau yang mereka alami.

( Bersama selimut, pek makanan juga akan kami sumbangkan ) 


Kami mengajak para penderma untuk bantu meringankan beban yang mereka ini alami, terutama dimusim sejuk ini. Kenapa perlu berikan setiap musim sejuk? Kerana, dikhemah yang kecil , berbumbungkan dan berlantaikan plastik , kain guni. Tiada tempat utk menyimpan barang barang keperluan mengikut musim. 





Gambari : Bulan Mac, 2021. Diantara penerima.  



Dalam satu hadis sahih, Abu Hurairah RA berkata: “Seorang lelaki datang kepada Nabi SAW dan berkata: ‘Wahai Rasulullah, sedekah apakah yang paling besar pahalanya.”  Baginda menjawab: “Kamu bersedekah ketika kamu dalam keadaan sihat dan kikir, takut menjadi fakir dan berangan-angan jadi orang kaya. Maka janganlah kamu menundanya hingga tiba nyawamu berada di halkum….. (Hadis Riwayat Al-Bukhari)

 

Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Terbaru Perkembangan

Tiada perkembangan

Doa-Doa #Penyumbang

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM50.00

Dec 11, 2021

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Dec 10, 2021

MUHAMAD NASIR BIN ABDUL RAZAK

Menyumbang sebanyak RM25.00

Dec 04, 2021

KAMSANI

Menyumbang sebanyak RM50.00

Dec 03, 2021

KAMSANI

Menyumbang sebanyak RM50.00

Dec 01, 2021

Kempen Sumbangan Tamat