SUMBANGAN SEKAMPIT BERAS MENGISI PERUT YANG DAIF

RM2,225 / 74.17 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM3,000

114 Penyumbang

Kempen Berakhir!

Kongsi:

Tentang Kempen

Jangan kita menunggu setelah menjadi orang kaya dan hartawan untuk memberi makan kepada orang lain dan bersedekah serta berkongsi nikmat. Bahkan berkongsilah untuk menjadi seorang kaya. Ayuh derma!


Assalamualaikum dan salam sejahtera. Kali ini Ikrar Bantu meneruskan kesinambungan kempen yang lalu iaitu membelikan beras untuk golongan asnaf yang amat memerlukan. Apabila tahap kemiskinan jatuh pada tahap membimbangkan, beras itu sendiri menjadi amat bernilai dan terpaksa mengikat perut waima membeli sekampit beras.




Sasaran untuk bantuan kali ni adalah di sekitar Kedah dan Perlis, bantuan ini juga termasuk untuk Rumah Perlindungan Warga Mas/ Anak Yatim mahupun Pusat Tahfiz.Jumlah yang dimasukkan dalam kempen kali ini adalah RM3000.00,bersamaan 200 kampit beras dan boleh diagih kepada 200 keluarga.


Daripada Abdullah bin Amr bin al-As RA berkata: "Seorang lelaki bertanya Rasulullah SAW: Islam manakah yang paling baik? Nabi SAW bersabda:


"Kamu memberi makan, mengucapkan salam kepada orang yang kamu kenal dan yang tidak kamu kenal."

(Riwayat al-Bukhari dan Muslim)




Konsep memberi makanan kepada orang lain bukan semestinya dalam bentuk kenduri-kendara atau majlis perkahwinan atau keraian yang berskala besar. Ia memerlukan modal yang besar dan kos yang tinggi. Bukan semua orang mampu melakukannya secara kerap.


Akan tetapi, kita boleh melakukanya dengan sekadar memberi makan kepada ahli keluarga yang lain, jiran tetangga dan rakan sekerja. Ia hanya memerlukan kos yang rendah dan murah. Sekadar membeli beberapa bungkus makanan dan diedarkan kepada sasaran penerima.



Imam Jalaluddin al-Suyuti menyebutkan terdapat satu hadis Nabi SAW mengenai orang yang akan mendapatkan perlindungan di bawah Arasy Allah SWT. Dia adalah orang yang memberi makanan kepada orang yang lapar. Sabda Nabi SAW, "Sesungguhnya orang terbaik di antara kalian adalah orang yang memberi makan."

(Riwayat at-Tabrani)


Ayuhla kita sama-sama menyumbang untuk saudara seagama dengan kita, tidak kiralah dimana mereka, mereka sedang menunggu kita.


Jom #BuatBaik!

Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Terbaru Perkembangan

Tiada perkembangan

Doa-Doa #Penyumbang

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Oct 30, 2022

NORZAKI BIN SIEN

Menyumbang sebanyak RM10.00

Oct 30, 2022

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Oct 30, 2022

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Oct 29, 2022

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Oct 29, 2022

Kempen Sumbangan Tamat