PERSATUAN KHIDMAT SRIKANDI JANNAH

Dimulakan pada Jan 31, 2025

SEKAMPIT BERAS UNTUK RAMADHAN

RM60 / 0.12 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM50,000

6 Penyumbang

Kempen Berakhir!

Kongsi:

Tentang Kempen

Hulurkan sumbangan beras Ramadan hari ini dan jadilah sebab senyuman di meja sahur mereka. Klik sekarang untuk berkongsi rezeki!


Jom ambil peluang untuk raih pahala dan kongsi rezeki bersama di bulan Ramadan yang penuh mulia ini. Kempen Infaq Sekampit Beras sempena bulan Ramadan tahun ini buat golongan wanita asnaf, madrasah dan pusat tahfiz.



“Rasulullah SAW adalah orang yang paling dermawan. Dan Baginda lebih dermawan lagi pada bulan Ramadan saat beliau bertemu Jibril. Jibril menemuinya setiap malam untuk mengajarkan Al Qur’an. Dan kedermawanan Rasulullah SAW melebihi angin yang berhembus.” (Hadis Riwayat al-Bukhari)



Bagi kebanyakan keluarga miskin di Malaysia, beras adalah makanan utama yang amat diperlukan pada setiap masa, lagi pula sekarang menghampiri bulan Ramadan. Mereka hanya perlukan sedikit bantuan harapan untuk meneruskan kehidupan seharian.



Oleh itu, kami di PKSJ ingin mengajak sahabat syurga semua untuk membantu mereka yang memerlukan dengan melakukan sedikit sumbangan untuk membantu mereka menyediakan simpanan beras bagi mereka yang tidak mampu. Setiap sumbangan yang anda berikan akan memberikan impak yang besar dalam kehidupan mereka yang sangat memerlukan sekarang.



“Sesiapa yang melepaskan satu kesusahan seorang mukmin, pasti Allah akan melepaskan daripadanya satu kesusahan pada hari kiamat. Sesiapa yang menjadikan urusan orang lain mudah, pasti Allah akan memudahkan urusannya di dunia dan di akhirat.” (Hadis riwayat Muslim)


Jom #BuatBaik!

Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Doa-Doa #Penyumbang

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Feb 04, 2025

Kempen Sumbangan Tamat