YAYASAN IKHLAS

Dimulakan pada Oct 19, 2023

BANTU SEKOLAH AGAMA DI SABAH

RM175 / 1.75 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM10,000

9 Penyumbang

Kempen Berakhir!

Kongsi:

Tentang Kempen

Yayasan Ikhlas berhasrat untuk membina sebuah Sekolah Agama Rakyat buat anak-anak asnaf di sini. Bantu kami merealisasikan pembinaan sekolah agama rakyat buat anak-anak di Sabah.


Kerana lokasi sekolah agama yang agak jauh dan hanya boleh memuatkan sejumlah pelajar sahaja, ini menyebabkan ramai anak-anak di sini tidak berpeluang belajar agama dengan baik. Mereka tidak minta untuk dilahirkan miskin.


Bayangkan sudah tahun 2023, terlalu ramai anak-anak muslim di negara kita yang tiada kemudahan untuk belajar dan mendalami asas agama khususnya di Kampung Sangkabok, Kuala Penyu, Sabah. Sebelum ini kami telah cuba untuk menggunakan platform ini, namun kempen ini masih belum berjaya mengumpulkan dana yang cukup untuk memulakan pembinaan.



Anak-anak di sini masih tiada sekolah agama untuk mereka menuntut ilmu secara formal. Mereka terlepas pelbagai ilmu agama dan Al-Quran disebabkan tiada kemudahan asas seperti Sekolah Agama Rakyat. Bantu kami memberikan yang terbaik buat anak-anak asnaf di pedalaman ini demi masa depan mereka.



Alhamdulillah Yayasan Ikhlas berhasrat untuk membina sebuah Sekolah Agama Rakyat buat anak-anak asnaf di sini. Bantu kami merealisasikan pembinaan sekolah agama rakyat buat anak-anak di sini. Pembangunan Sekolah Agama Rakyat seterusnya akan ditumpukan dengan pembinaan sekolah agama di Kampung Sangkabok yang terletak di daerah Kuala Penyu yang bakal memberi manfaat pendidikan kepada 4 buah kampung iaitu Kampung Jagus, Kampung Lambidan, Kampung Tanjung Aru, dan Kampung Sangkabok sendiri.



Ayuh kita semua bersama menyokong segala usaha agar anak-anak di sini tidak terpinggir dalam mempelajari ilmu agama. Insya-Allah, pahala yang berpanjangan pasti akan mengalir apabila kita berinfak dengan apa yang kita beri dan ianya dimanfaatkan secara berterusan walaupun kita telah meninggal kelak.


"Apabila seseorang anak Adam itu meninggal dunia, maka terputuslah amalannya kecuali tiga perkara: sedekah jariah, ilmu yang dimanfaatkan dengannya dan anak soleh yang mendoakan untuknya”

(HR Muslim 3084)


Jom #BuatBaik!

Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Terbaru Perkembangan

Tiada perkembangan

Doa-Doa #Penyumbang

Tiada doa

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

ZURAYU

Menyumbang sebanyak RM25.00

Nov 10, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM25.00

Nov 08, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM25.00

Nov 06, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Oct 30, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Oct 25, 2023

Kempen Sumbangan Tamat