SELAMATKAN WARGA BUMI SYAM DARIPADA KELAPARAN

Dimulakan pada:
22 Jul, 2025
SELAMATKAN WARGA BUMI SYAM DARIPADA KELAPARAN
1.99%
RM995
/RM50,000
44
penyumbang
-
baki hari

Tentang Kempen

Mari kita teruskan Program Sedekah Daging Untuk Bumi Syam. Tidak perlu menunggu Aidiladha, mereka layak menikmati daging!

Bumi Syam merupakan salah satu tempat yang istimewa di dunia dan memiliki kedudukan tersendiri di hati setiap Muslim, kerana di bumi inilah para Nabi dan Rasul dilahirkan. Bumi Syam merangkumi empat negara, iaitu Syria sebagai pusat bumi Syam, Palestin sebagai kiblat pertama umat Islam, Lubnan, dan Jordan. Syam juga dikenali sebagai negeri akhir zaman dan digelar sebagai Negeri yang Diberkati.

Di tengah-tengah krisis kemanusiaan yang masih berlarutan di wilayah Bumi Syam, ribuan pelarian kini berdepan keadaan hidup yang amat memilukan. Syria telah melalui peperangan selama hampir satu dekad. Ujian ini menyebabkan mereka kehilangan tempat tinggal, akses kepada keperluan asas, serta sumber rezeki. Kelaparan kini menjadi ancaman nyata yang menguji ketahanan fizikal dan mental mereka setiap hari.

Sementara itu di Palestin, penjajahan masih terus berlaku. Tidak terasa bahawa pendudukan dan sekatan oleh rejim Zionis Israel telah berlarutan selama berpuluh-puluh tahun di bumi Palestin, sama ada di Tebing Barat mahupun di Gaza. Di Gaza, amat sukar untuk mereka mencari nafkah dan mendapatkan bekalan makanan. Semua kemudahan asas seperti telaga, ternakan, bot, alat menangkap ikan, serta kilang pemprosesan makanan telah dimusnahkan sesuka hati oleh penjajah.

Bumi Syam kini hampir lenyap akibat penjajahan. Sungguh memilukan, sedangkan bumi ini adalah tanah yang dimuliakan Allah dan diberikan kedudukan yang sangat istimewa.

Palestin dan Syria masih terus berjuang untuk bangkit, meskipun krisis makanan semakin meruncing. Sebagai tanda prihatin terhadap saudara seagama kita, Yayasan Global Sedekah Movement tampil untuk membawa harapan dan kesinambungan hidup kepada saudara-saudara kita di Bumi Syam. Usaha ini bertujuan menyediakan makanan siap saji yang sihat dan berkhasiat, agar mereka mampu bertahan di saat-saat sukar.

Pada musim Aidiladha tahun ini, Alhamdulillah, Global Sedekah Movement telah berkesempatan berkongsi kebahagiaan dengan saudara-saudara kita di Syria.

Sabda Rasulullah SAW: “Barang siapa memberi makan kepada orang yang lapar, maka Allah akan memberinya makanan dari buah-buahan syurga. Dan barang siapa memberi minuman kepada orang yang dahaga, maka Allah akan memberinya minuman daripada rahmat-Nya yang tersegel.” (HR. Tirmidzi)

Aidiladha adalah saat yang sangat dinanti-nantikan oleh mereka kerana pada waktu inilah mereka dapat merasa daging walaupun hanya sekali dalam setahun. Mari kita teruskan Program Sedekah Daging Untuk Bumi Syam. Tidak perlu menunggu Aidiladha, mereka layak menikmati daging!

Dana yang terkumpul akan disalurkan dalam bentuk penyediaan makanan, ubat-ubatan, air bersih, serta keperluan kecemasan lain yang amat diperlukan di Bumi Syam. Selain itu, dana juga akan digunakan untuk memenuhi program-program kemanusiaan lain di bawah kelolaan Yayasan Global Sedekah Movement.

Jom #BuatBaik!

Laporan Kempen

09 Sep 2025

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh,

Dengan penuh rasa syukur, kami mengucapkan terima kasih yang sebesar-besarnya kepada #SahabatKebaikan atas bantuan dan sokongan yang telah diberikan kepada warga di Bumi Syam. Bantuan yang terkumpul melalui sumbangan ini akan disalurkan dalam bentuk penyediaan asupan makanan serta keperluan kecemasan lain yang amat diperlukan oleh saudara-saudara kita di sana.

Sumbangan ini bukan sahaja meringankan beban mereka yang sedang diuji, tetapi juga menjadi tanda kasih sayang dan kepedulian kita sesama umat. Betapa berharganya setiap titipan kebaikan yang telah disalurkan, kerana ia membawa harapan baru dan menjadi penguat semangat buat mereka yang sedang berjuang menghadapi kesulitan.

Semoga segala bentuk kebaikan yang telah dicurahkan oleh #SahabatKebaikan mendapat balasan berlipat ganda dari Allah Subhanahu Wa Ta'ala, diluaskan rezeki, diberkati umur, dan dianugerahkan keberkahan di dunia serta kebahagiaan di akhirat.

Terima kasih sekali lagi kerana menjadi sebahagian daripada perjalanan kebaikan ini.

Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Rujukan Terkini

Tiada Rujukan Terkini

Belum ada yang merujuk kempen ini

!
Anda merasa kempen mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Senarai Penyumbang

Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Mar 30, 2026
MUSTAPHA ZAINUL
Menyumbang sebanyak RM10.00
Mar 18, 2026
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Mar 12, 2026
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Feb 27, 2026
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM50.00
Feb 13, 2026

Kongsi kempen

Whatsapp
Telegram
Lain-lain

Kempen yang mungkin anda berminat

PONDOK ROSAK AKIBAT BANJIR HULURKAN ALMARI DAN AL QURAN
PEMBINAAN MADRASAH UNTUK PELAJAR HAFAZAN AL-QURAN
SUMBANGAN BAIK PULIH SEKOLAH
BANTUAN SEGERA UNTUK GAZA
BANTU MANGSA BENCANA BANJIR DI TIGA WILAYAH
Kempen Sumbangan Tamat