Belum berdaftar? Daftar sekarang!
Buat carian Kempen
RM465 / 15.50 %
Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM3,000
17 Penyumbang
Kempen Berakhir!
Tubuh kecil mereka membeku di tengah hujan peluru dan serpihan yang bertaburan. Anak-anak Gaza, yang sepatutnya membesar dalam kemesraan keluarga, kini terpaksa melawan serangan yang tidak berkesudahan dan cuaca yang sangat sejuk.

Satu lagi tragedi meragut nyawa seorang kanak-kanak kecil, Mira Al Ashqar, yang meninggal dunia semalam akibat kesejukan di bumi yang penuh dengan kegelapan dan keputusasaan. Beberapa pekan yang lepas, Sanad, seorang bayu telah meninggal dunia tak dapat bertahan hidup di kem pelarian akibat kesejukan musim hujan.

Serangan tanpa belas kasihan tentera Zionis terus merobohkan bangunan di Gaza, meninggalkan runtuhan dan serpihan yang menjadi saksi senyap tentang penderitaan kanak-kanak. Mereka bukan sahaja perlu takut dengan serangan bom, tetapi juga merasakan kesakitan yang menusuk dari udara malam yang sejuk menggigit tulang.

Ketidakupayaan untuk mendapatkan bahan api dan bantuan kemanusiaan akibat sekatan yang dikenakan oleh Israel menjadikan keadaan lebih teruk. Lebih 2 juta rakyat Palestin terperangkap dalam kemarau, kelaparan dan kesejukan. Kanak-kanak, sebagai yang paling terdedah, adalah mangsa utama krisis kemanusiaan ini.

Namun, kita tidak boleh hanya berdiam diri. Sekarang ini, kami berpeluang memberikan kemesraan kepada anak-anak Gaza yang memerlukannya. Melalui kempen ini, kami menjemput anda untuk menyertai usaha menyediakan selimut dan pakaian hangat kepada mereka yang menghadapi cuaca sejuk dan serangan yang dahsyat.

Mulai dari pada RM10 sumbangan anda dapat memberikan kehangatan, sedikitnya inilah yang dapat kita lakukan untuk melindungi kanak-kanak generasi penerus perjuangan. Setiap selimut dan baju hangat yang kami hantar akan menjadi perlindungan terhadap malam yang sejuk dan keganasan yang berterusan.

Walaupun kita sedar bahawa akses kepada keperluan asas di Gaza dihadkan oleh sekatan Zionis, kita tidak boleh berdiam diri. Hari ini, kekuatan utama kita ialah perpaduan. Dengan menyebut nama Allah, segala apa yang kita miliki, berapapun nilainya, insya-Allah akan menjadi saksi sokongan kita terhadap perjuangan mempertahankan tanah air Palestin dan pembebasan Al Aqsa.
Jom #BuatBaik!
Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami
Alhamdulillah, pasukan ASAR Humanity telah berjaya menghantarkan bantuan berupa baju hangat kepada saudara kita di Gaza yang masih bertahan di kem-kem pengungsian. Di tengah cuaca dingin yang menusuk, wajah-wajah mereka kembali tersenyum dan hati mereka hangat dengan kehadiran bantuan ini.

Masyarakat Gaza mengucapkan terima kasih kepada para penderma dari Sumbangan.com yang telah berkongsi rezeki untuk meringankan beban mereka.

Saat ini, Gaza berada di penghujung musim dingin, namun perjuangan mereka belum selesai. Di samping menghantar bantuan baju hangat, ASAR Humanity juga akan terus menghantarkan bantuan makanan, air bersih, serta menyokong pembinaan semula rumah-rumah mereka yang musnah.

Jom teruskan derma kita untuk saudara-saudara di Gaza!
Setiap ringgit yang kita sumbangkan adalah harapan baru untuk mereka yang berjuang bertahan hidup di tanah air mereka sendiri.
https://sumbangan.com/airbersihpalestin2
#HangatkanGaza
#SolidaritiUntukPalestin
#ASARHumanity
#SumbanganUntukGaza
Assalamu'alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh,
Tuan dan Puan, semoga khabar ini mendapati anda dan keluarga anda dalam keadaan baik dan sejahtera di bulan Ramadan ini. Dalam ikhtiar kita menjaga saudara kita di Gaza yang terus berkesusahan kerana kekejaman penjajah dan sekatan Zionis, sumbangan dari anda telah kami agihkan dalam bentuk bantuan baju sejuk bagi kanak-kanak pelarian yang bermukim di kem perlindungan di Beit Laiya, Jabalia, Gaza Utara. Alhamdulillah ala kulli haal. Terima kasih banyak Tuan dan Puan! Barakallahu fiikum.
Semoga Allah SWT membalas setiap kebaikan yang telah dilakukan dan menjadikan amal ini sebagai ladang pahala yang akan terus berlipat ganda di sisiNya.
Rezeki yang Allah cucuri kepada kita menjadi saksi kesungguhan kita mempertahankan Islam dan memerdekakan Masjid Al Aqsa. Terima kasih atas kebaikan dan kasih sayang yang telah dihulurkan. Jazakumullah khairan ahsanal jazaa!



Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM25.00
Jan 30, 2024
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Jan 30, 2024
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM50.00
Jan 26, 2024
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Jan 26, 2024
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Jan 24, 2024