Belum berdaftar? Daftar sekarang!
Buat carian Kempen
RM190 / 1.90 %
Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM10,000
12 Penyumbang
Kempen Berakhir!
Di saat kita menikmati hidup yang selesa, ada anak-anak kecil di pelosok negara yang berjuang demi menuntut ilmu Al-Qur’an dalam serba kekurangan.

Ramai di antara mereka tinggal dan belajar di maahad atau rumah tahfiz yang sangat sederhana, bergantung sepenuhnya kepada sumbangan orang ramai. Kami di ASAR Humanity menziarahi beberapa sekolah agama dan mendapati kemudahan asrama sangat menyedihkan, tilam yang nipis, selimut yang lusuh, dan tempat tidur yang tidak sesuai untuk tumbesaran anak-anak kecil yang sedang menghafaz kalam Allah.

Bayangkan, anak-anak ini tidur dalam keadaan sejuk malam, hanya beralaskan tilam lama dan berselimut kain tipis. Mereka tidak pernah meminta lebih, kerana bagi mereka, dapat belajar dan menghafaz Al-Qur’an sudah cukup berharga. Melalui kempen ini, kami ingin mengajak anda untuk menyantuni anak-anak tahfiz ini melalui sedekah Jumaat, dengan memberikan:
1. Selimut baharu yang lebih tebal dan hangat
2. Tilam dan bantal yang selesa
3. Keperluan asrama seperti alas tidur dan pakaian tidur

"Sedekah itu menghapuskan dosa sebagaimana air memadamkan api."
(HR. Tirmizi)
Dengan setiap ringgit yang anda sedekahkan, anda bukan sahaja memberi keselesaan kepada anak-anak ini, tetapi juga menyokong mereka untuk terus menghafaz dan mencintai Al-Qur’an. Inilah saham akhirat kita semua. Mari bersama kita ringankan beban mereka dan hangatkan malam mereka dengan kasih sayang.
Jom #BuatBaik!
Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami
HAMBA ALLAH
Menyumbang sebanyak RM25.00
Jul 06, 2025
KAMAROZAMAN OTHMAN
Menyumbang sebanyak RM50.00
Jul 05, 2025
TAN SUE MEI
Menyumbang sebanyak RM10.00
Jul 04, 2025
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Jul 04, 2025
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Jul 04, 2025