ILTIZAM RELIEF SOCIETY

Dimulakan pada Dec 16, 2021

RAYUAN BANTUAN SELIMUT

RM842 / 3.83 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM22,000

41 Penyumbang

Kempen Berakhir!

Kongsi:

Tentang Kempen

Rayuan bantuan selimut untuk Kashmir khususnya faqir dan miskin serta mangsa konflik yang tertindas menyebabkan ramai menjadi ibu tunggal dan yatim. Nyawa mereka terancam dengan suhu bawah paras beku!

BANTUAN SELIMUT UNTUK KASHMIR

 

Kashmir, khususnya Jammu-Kashmir ialah sebuah wilayah yang masih bergolak sejak diduduki oleh kerajaan India. Sejak tahun 1980an, umat Islam Kashmir bangkit menentang ‘pendudukan’ kerajaan India, kemuncaknya bermula pada tahun 1989 kerajaan India bertindak balas dengan mengempur aktivis pembebasan Kashmir dari cengkaman India. Hingga kini, konflik Kashmir berterusan dan mengorbankan ramai nyawa orang Islam. Kajian dari tahun 1989, dianggarkan terdapat 250,000 kanak-kanak menjadi anak yatim dan 60,000 wanita menjadi balu akibat konflik ini.

 

Wilayah besar Kashmir kini terpisah dengan sebahagiannya di bawah pentadbiran secara autonomi oleh Pakistan (iaitu Azad Kashmir dan Gilgit-Baltistan), sebahagiannya diduduki oleh kerajaan India (Jammu-Kashmir) dan oleh China.

 

Ini merupakan kali pertama Al-I’tisam berusaha membantu Kashmir. Tidak ada NGO Malaysia lain yang membantu di wilayah Kashmir yang diduduki oleh kerajaan India kerana pihak berkuasa di sana amat mengawal ketat Jammu-Kashmir. Namun, dengan izin Allah, Al-I’tisam telah dapat melaksanakan bantuan kemanusiaan di wilayah yang bergolak itu dengan kerjasama NGO Islam tempatan.

 

Bantuan Musim Sejuk Kashmir merupakan program kemanusiaan ketiga yang kami sedang laksanakan di Kashmir.

 

Sasarannya ialah faqir dan miskin, khususnya mangsa kekejaman pihak berkuasa yang menyebabkan ramai wanita menjadi balu dan anak-anak menjadi yatim-piatu.

 

Kami merayu supaya anda menghulurkan walau RM10 untuk kami membeli dan membekalkan selimut musim sejuk untuk sekurang-kurangnya 500 penduduk Kashmir yang faqir dan miskin.

 



Hanya Allah yang mampu membalas sumbangan anda!

Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Doa-Doa #Penyumbang

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

NAJIHAH ZAINAL

Menyumbang sebanyak RM50.00

Jan 16, 2022

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM25.00

Jan 16, 2022

SITI AWA BINTI ABDUL MANAF

Menyumbang sebanyak RM10.00

Jan 16, 2022

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Jan 15, 2022

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Jan 14, 2022

Kempen Sumbangan Tamat