TABUNG PERJUANGAN SEMBOYAN MALAYSIA

RM260 / 0.05 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM500,000

15 Penyumbang

Kempen Berakhir!

Kongsi:

Tentang Kempen

Sumbangan anda membantu perkukuhkan lagi perjuangan Semboyan Malaysia untuk membela nasib mereka yang teraniaya. Sokongan anda akan bantu menampung kos profesional, operasi & logistik bagi setiap kes.

PERSATUAN PENGGUNA SEMBOYAN MALAYSIA


Adalah sebuah organisasi bukan kerajaan (NGO) berdaftar untuk melaksanakan tuntutan fardhu kifayah dalam membela nasib mereka yang ditindas dan memperjuangkan hak-hak pengguna tanpa mengira bangsa dan agama.


Masyarakat hari ini tiada tempat untuk bergantung...


Setiap hari, ada sahaja orang datang mengadu. Bahkan, lebih 500 aduan yang kami terima dalam sebulan berkaitan pelbagai kes yang membabitkan halal dan haram, penganiayaan, ketidakadilan, kemungkaran, penipuan dan kekejaman terhadap pengguna.


Kadang-kadang ada yang kami boleh bantu dan kadang ada yang kami tak mampu nak bantu atas dasar kos-kos yang tak mencukupi untuk kami biayai.


Kita sendiri tahu nak buka kes sekarang ini bukan murah...perlukan duit yang banyak. Bukan itu sahaja, setiap kes memerlukan perkhidmatan profesional guaman serta penyiasatan dan logistik untuk membawa seseorang ke muka pengadilan.


Jadi inilah sebab kenapa kami perlukan sokongan kuat dari anda semua, kerana anda adalah sebahagian daripada perjuangan ini.


Sememangnya kita tidak mahu ditimpa musibah, tetapi kemungkinan itu tetap ada untuk kita diuji suatu hari nanti.


Bersama kami, kita tegakkan kebenaran...


Bersama kami, kita tentang kemungkaran!


Sesungguhnya sumbangan anda dapat membantu untuk memperkukuhkan lagi perjuangan Semboyan Malaysia yang melibatkan kos profesional dan operasi dalam membela nasib saudara-saudara yang teraniaya.

Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Terbaru Perkembangan

Tiada perkembangan

Doa-Doa #Penyumbang

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

MUHAMAD NASIR BIN ABDUL RAZAK

Menyumbang sebanyak RM25.00

Mar 30, 2022

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Feb 18, 2022

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM50.00

Feb 15, 2022

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM50.00

Feb 15, 2022

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Jan 23, 2022

Kempen Sumbangan Tamat