BANTUAN KECEMASAN MANGSA KEBAKARAN KG PINGGIRAN BAKAU SEMPORNA SABAH

RM40 / 0.80 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM5,000

4 Penyumbang

Kempen Berakhir!

Kongsi:

Tentang Kempen

Marilah bersama-sama membantu mereka yang ditimpah musibah, jika bukan kita siapa lagi. Ayuh kita bantu mangsa kebakaran di Kg Pinggiran Bakau Semporna, Sabah.


Kami di Pertubuhan Bakti Sabah terpanggil untuk menjalankan kempen Bantuan Kecemasan Mangsa Kebakaran di Kg Pinggiran Bakau Semporna, Sabah. Kawasan tersebut sering kali berlaku kebakaran rumah mereka. Di mana mereka majoritinya adalah dari golongan yang kurang berkemampuan. Justeru itu, marilah kita bersama-sama berkongsi rezeki membantu bagi mengurangkan beban yang mereka tanggung. 



LELAKI RENTUNG, KEBAKARAN TUJUH BUAH RUMAH DI SEMPORNA


Seorang lelaki warga asing ditemui rentung di kediamannya akibat kejadian kebakaran yang berlaku di Kampung Pinggiran Bakau, Semporna, pagi tadi. Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Semporna, Madzlan Sarman berkata, 21 anggota bomba bergegas ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan kira-kira pukul 9.02 pagi.



Pihak bomba menemui mangsa, berusia 55 tahun itu dalam keadaan terbaring kira-kira pukul 11.16 pagi. Menurut beliau, kejadian kebakaran itu turut mengakibatkan tujuh buah rumah, dua buah kenderaan dan sebuah kedai hangus terbakar. Operasi mencari dan menyelamat serta memadam kebakaran ditamatkan sepenuhnya pukul 12.30 tengahari. Punca kebakaran dan anggaran kerugian masih dalam siasatan.


Operasi kali ini turut mendapat bantuan daripada Jabatan Pertahanan Awam (APM), RELA dan Polis Semporna. Sementara itu, Pegawai Daerah Semporna, Alexander Liew ketika dihubungi berkata, pihaknya tidak membuka pusat penempatan sementara kepada 70-mangsa kebakaran kerana mereka mengambil keputusan untuk tinggal bersama keluarga terdekat.


Bantuan yang akan diberikan adalah barangan keperluan asas kepada pengurusan mangsa kebakaran di kampung tersebut. Kami menganggarkan sebanyak 5-10 penerima manfaat dan 1 keluarga akan mendapat barangan keperluan bernilai RM 500 seperti:


1. Tilam

2. Pakaian harian seperti baju dan seluar

3. Barangan mandi

4. Khemah

5. Lain-lain keperluan



Bantuan ini akan diberikan secara berperingkat mengikut sumbangan yang diperoleh. Marilah bersama kita membantu mereka yang memerlukan. Mungkin sedikit di mata kita, tetapi besar makna di mata mereka. Marilah berganding bahu ibarat berat sama dipikul ringan sama dijinjing. Menyumbang serendah RM10 untuk bantu mereka.


Sabda Rasulullah SAW: "Sesungguhnya sedekah seseorang muslim itu memanjangkan umur dan mencegah dari mati dalam keadaan buruk dan Allah SWT pula menghapuskan sikap sombong dan membangga diri si penderma dengan sebab sedekahnya." ( Hadis Riwayat Tabrani)


Jom #BuatBaik!

Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Terbaru Perkembangan

Tiada perkembangan

Doa-Doa #Penyumbang

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Dec 29, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Dec 24, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Dec 09, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Dec 07, 2023

Kempen Sumbangan Tamat