KEBERKATAN REZEKI SEPINGGAN MAKANAN BERZAT BUAT MEREKA

Dimulakan pada:
22 Oct, 2025
KEBERKATAN REZEKI SEPINGGAN MAKANAN BERZAT BUAT MEREKA
10.00%
RM300
/RM3,000
20
penyumbang
-
baki hari

Tentang Kempen

Setiap ringgit yang anda dermakan akan digunakan untuk menyediakan makanan yang berkhasiat dan mengenyangkan buat mereka. Ia adalah amanah yang akan kita sampaikan dengan penuh hati.

Di sebalik gemerlap kehidupan yang kita lalui, ada segelintir insan yang setiap hari bergelut dengan derita yang kita tidak pernah bayangkan. Bayangkan, perut keroncongan, namun terpaksa berkongsi sepiring nasi berdua. Sedangkan sepiring nasi itu pun belum tentu berkhasiat untuk menyokong tumbesaran anak-anak atau keperluan tenaga orang dewasa. 

Inilah realiti yang berlaku. Ada yang terpaksa memilih antara membeli nasi atau membayar bil. Ada yang makan sekadar untuk mengisi perut, tanpa memikirkan zat atau khasiatnya. Mereka ini adalah jiran kita, saudara kita, yang berada begitu dekat, namun sering terabai.

Tatkala bantuan tuan/puan tiba, barulah anak-anak ini berkesempatan menikmati keenakan dan khasiat ayam yang menyelerakan.

Kita di sini, dengan rezeki yang Allah kurniakan, mempunyai peluang untuk mengubah nasib mereka. Peluang untuk menukar air mata kepedihan mereka dengan senyuman harapan. Marilah kita sama-sama hulurkan bantuan, kirimkan kasih, melalui “Sepiring Nasi Berkhasiat”.

Ya, dalam rezeki yang kita kongsikan ini, terselit keberkatan yang tidak terhingga. Setiap ringgit yang anda dermakan akan digunakan untuk menyediakan makanan yang berkhasiat dan mengenyangkan buat mereka. Ia adalah amanah yang akan kita sampaikan dengan penuh hati. Jangan biarkan mereka terus berlapar. Jangan biarkan piring mereka kosong. Mari bersama kita penuhkan piring mereka dengan makanan, dan penuhkan hati mereka dengan kasih sayang.

Jom #BuatBaik!

Laporan Kempen

17 Jan 2026

Setinggi-tinggi penghargaan kami kalungkan buat anda yang telah menghulurkan bantuan. Program "KEBERKATAN REZEKI SEPINGGAN MAKANAN BERZAT BUAT MEREKA" kini telah membuahkan hasil berkat sumbangan yang anda salurkan. Melihat senyuman di wajah penerima manfaat ketika menerima hidangan berzat ini adalah satu kepuasan yang tidak dapat digambarkan dengan kata-kata, dan semua ini adalah kerana sifat dermawan anda.

Kami mendoakan dengan sepenuh hati agar Allah SWT sentiasa melapangkan dada anda daripada sebarang keresahan, mengurniakan ilham dan kebijaksanaan dalam setiap tindakan, serta melimpahkan kekayaan harta dan jiwa buat anda. Semoga Allah melindungi anda daripada fitnah dunia dan akhirat, serta menjadikan anda hamba yang sentiasa dicintai oleh penduduk langit dan bumi. Moga Allah SWT mengabulkan segala hajat dan doa-doa peribadi yang anda simpan dalam hati. Terima kasih kerana tidak jemu membantu dan terus mempercayai kami dalam menguruskan amanah sumbangan ini. Semoga kejayaan dunia dan kemenangan akhirat menjadi milik mutlak anda sekeluarga. Amin.

Rujukan Terkini

Tiada Rujukan Terkini

Belum ada yang merujuk kempen ini

!
Anda merasa kempen mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Senarai Penyumbang

Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM25.00
Nov 07, 2025
MOHD SYAHEZAN BIN ABU HASHIM
Menyumbang sebanyak RM10.00
Oct 31, 2025
MOHD FUAD BIN ABDUL HAZIZ
Menyumbang sebanyak RM10.00
Oct 28, 2025
MEOR ROSAZMAN
Menyumbang sebanyak RM10.00
Oct 27, 2025
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Oct 24, 2025

Kongsi kempen

Whatsapp
Telegram
Lain-lain

Kempen yang mungkin anda berminat

BANTUAN SEGERA UNTUK GAZA
DANA BANTUAN BAIK PULIH RUMAH WARGA EMAS WANITA NUR EHSAN JOHOR
SUMBANGAN BAIK PULIH SEKOLAH
BANTU MANGSA BENCANA BANJIR DI TIGA WILAYAH
SUMBANGAN DAPUR MASAK UNTUK MANGSA BANJIR DI ACEH
Kempen Sumbangan Tamat