Belum berdaftar? Daftar sekarang!
Buat carian Kempen
PERSATUAN KHIDMAT SRIKANDI JANNAH
Dimulakan pada Dec 19, 2025
RM215 / 2.15 %
Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM10,000
7 Penyumbang
41 Baki Hari
Sumbangan kali ini diperlukan untuk pembelian pakaian sekolah dan barangan untuk memulakan sesi persekolahan tahun baru untuk pelajar asnaf dan anak yatim yang memerlukan. Ini bagi meringankan beban insan memerlukan yang ingin menyambung persekolahan demi masa depan yang lebih baik.

PKSJ juga ingin memastikan semua pelajar, terutamanya dari keluarga kurang berkemampuan, mempunyai kelengkapan sekolah yang mencukupi untuk memulakan sesi persekolahan tanpa beban kewangan.

Kempen kembali ke sekolah ini adalah kempen tahun kedua dari PKSJ dan amat perlu Sumbangan dari semua masyarakat kerana untuk tahun ini PKSJ perlu menyediakan lebih 100 pasang baju dan kelengkapan untuk anak anak asnaf, mualaf dan anak yatim sekitar kawasan Pahang amnya supaya mereka dapat menyambung persekolahan dengan lebih baik.

"Sesungguhnya orang-orang lelaki yang bersedekah dan orang-orang perempuan yang bersedekah, serta mereka memberikan pinjaman kepada Allah, sebagai pinjaman yang baik (ikhlas), akan digandakan balasannya (dengan berganda-ganda banyaknya), dan mereka pula akan beroleh pahala yang mulia.”
(Surah al-Hadid: 18)

Terima kasih atas sumbangan semua. Sumbangan anda amat bermakna bagi mereka yang memerlukan. Semoga Allah gantikan setiap kebaikan kita dengan gunung-gunung emas di syurga kelak, Allah berikan rezeki yang barakah seperti mengalirnya air zamzam dan Allah makbulkan segala doa dan permintaan yang kita perlukan di dunia dan akhirat.
Jom #BuatBaik!
Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM50.00
Dec 19, 2025
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Dec 19, 2025
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Dec 19, 2025
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Dec 19, 2025
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Dec 19, 2025