ILTIZAM RELIEF SOCIETY

Dimulakan pada Sep 06, 2022

RAYUAN DERMA SIAP SIAGA HADAPI BANJIR

RM190 / 1.27 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM15,000

15 Penyumbang

Kempen Berakhir!

Kongsi:

Tentang Kempen

Kempen ini bertujuan siap siaga hadapi banjir besar dijangka hujung bulan November dan/atau bila-bila masa sahaja banjir besar berlaku. Kita perlu bersedia awal dengan bantuan anda semua. Ayuh derma!


Tahun ini diramalkan banjir besar akan berlaku pada hujung bulan November 2022. Ramalan serupa pernah diumumkan tahun-tahun sebelum ini namun ramai mengendahkannya. Kita belajar dari kesilapan lalu. Justeru itu, ayuh mari kita siap siaga dari sekarang!


Iltizam Relief Society akan bersiap siaga bermula sekarang dan antara bentuk sokongan kami perlukan dari rakyat Malaysia ialah bantuan dana. Kita tidak boleh tunggu telah berlaku banjir baru hendak menggerakkan bantuan. Seperti berlaku di Taman Sri Muda dan Hulu Langat tahun lalu, tiada siapa menjangka skala banjir dan begitu ramai menjadi mangsa banjir!



Gambar 1: Pada Disember 2021, pejabat Iltizam Relief sendiri telah banjir.




Banjir hujung tahun 2021 dan awal tahun 2022, telah ke hadapan memainkan peranan besar membantu mangsa-mangsa banjir termasuk bantuan ketika banjir dan pasca banjir di:


1) Selangor: Taman Sri Muda, Dengkil, Shah Alam dan Padang Jawa

2) Johor: Segamat

3) Pahang: Temerloh, Maran, Chenor

4) Terengganu: Kuala Telemung

5) Kelantan: Kuala Krai dan Pasir Mas

6) Baling, Kedah (terkini)




Kita di Taman Sri Muda dan Shah Alam banjir tahun, pejabat urusan Iltizam Relief juga tenggelam, namun demi membantu rakyat Malaysia kami tetap bangun dan membantu di 5 negeri seperti disebut di atas.



Antara bentuk bantuan telah diberi ialah dapur gas, tilam, toto, bantal, selimut dan barang makanan (kering) dan makanan siap dimakan. Ini semua kami mampu lakukan kerana adanya sokongan dermaawan seperti anda.




Kita lihat hari ini bagaimana Pakistan sedang bergelut dengan fenomena banjir terburuk dalam sejarah dalam keadaan mereka tidak bersedia!


Ayuh tuan/ puan, hulurkan sumbangan bagi kami siap siaga menghadapi kemungkinan banjir besar berlaku lagi tahun ini.


Jom #BuatBaik!

Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Doa-Doa #Penyumbang

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Oct 17, 2022

ADLIN BINTI MASOOD

Menyumbang sebanyak RM50.00

Oct 14, 2022

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Sep 09, 2022

PUZAINI BINTI MOHD YUNUS

Menyumbang sebanyak RM10.00

Sep 08, 2022

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Sep 08, 2022

Kempen Sumbangan Tamat