PEMBELIAN PERALATAN LATIHAN SILAT

RM20 / 0.67 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM3,000

2 Penyumbang

15 Baki Hari

Kongsi:

Tentang Kempen

Memohon bantuan pembelian peralatan silat untuk pelajar. Ayuh kita kekalkan seni mempertahankan diri ini hingga ke anak cucu!


Sempena pembinaan baru gelanggang latihan pusat, pihak kami ingin mengajak anda semua membantu para pelajar berlatih di gelanggang dengan kemudahan peralatan latihan yang baik, lengkap dan setaraf dengan kelab-kelab lain.



Saudara dan saudari sekalian peralatan latihan ini akan digunakan oleh para pelajar bagi memantapkan kemahiran dan teknik dalam bidang persilatan ini. Ia juga adalah salah satu ciri-ciri keselamatan yang amat dititikberatkan oleh pihak persatuan dalam tempoh pembelajaran. Kebanyakan peralatan latihan ini adalah mengikut piawai yang ditetapkan oleh Pihak Pesaka dan Persilat.



Antara peralatan latihan silat yang menjadi keutamaan adalah:


1. Body protector

2. Ball guard (lelaki)

3. Ball guard (perempuan)

4. Pelindung kaki dan tangan

5. Body target

6. Punching bag



Semoga dengan usaha yang dijalankan oleh pihak persatuan ini dan dengan sumbangan yang anda berikan, dapatlah para pelajar yang terdiri dari umur 5 hingga 50 tahun yang masih bersilat kekal bersilat demi menjaga kesihatan mereka sekaligus demi perjuangan untuk diri, keluarga, bangsa, agama dan negara.



Firman Allah SWT:


إِنَّ الْمُصَّدِّقِينَ وَالْمُصَّدِّقَاتِ وَأَقْرَضُوا اللَّهَ قَرْضاً حَسَناً يُضَاعَفُ لَهُمْ وَلَهُمْ أَجْرٌ كَرِيمٌ


Yang bermaksud: 


“Sesungguhnya orang-orang lelaki yang bersedekah dan orang-orang perempuan yang bersedekah, serta mereka memberikan pinjaman kepada Allah, sebagai pinjaman yang baik (ikhlas), akan digandakan balasannya (dengan berganda-ganda banyaknya), dan mereka pula akan beroleh pahala yang mulia.” (Surah al-Hadid: 18)


Jom #BuatBaik!

Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Terbaru Perkembangan

Tiada perkembangan

Doa-Doa #Penyumbang

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Apr 21, 2024

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Apr 19, 2024