MEMBINA GELANGGANG LATIHAN PUSAT NEGERI PERAK

RM32 / 0.64 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM5,000

3 Penyumbang

42 Baki Hari

Kongsi:

Tentang Kempen

Gelanggang latihan yang asal sudah tidak dapat digunakan kerana ada projek pembinaan perumahan. Oleh itu, kami merayu kepada anda semua untuk membantu membangunkan gelanggang yang baru untuk pelajar.


Pihak persatuan telah berbesar hati menerima sebidang tanah yang boleh digunakan untuk membina pusat latihan dari seorang hamba Allah yang dapat memberi manfaat kepada hampir 100 orang dalam satu-satu masa.



Demi semangat dan kecintaan anak-anak ini terhadap seni bela diri melayu, kami di barisan kepimpinan akan meneruskan perjuangan mendidik selagi hayat dikandung badan dan memegang prinsip genggam bara api biar sampai jadi arang.



Semoga perjuangan ini dapat diteruskan sebagai wadah melahirkan belia yang sihat, aktif dan terhindar dari sebarang aktiviti sosial yang tidak berfaedah. Wadah perjuangan ini juga telah melahirkan ramai belia yang berjaya dalam agama bangsa dan negara.




Ramai pesilat-pesilat telah menempa nama dan berjaya dalam pertandingan di peringkat sekolah hingga negeri. Semoga rakyat Malaysia dapat membantu kami meneruskan perjuangan dan legasi ini hingga ke akhir hayat dan dapat diteruskan buat selamanya.


Jom #BuatBaik!

Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Terbaru Perkembangan

Tiada perkembangan

Doa-Doa #Penyumbang

Tiada doa

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Apr 27, 2024

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM12.00

Apr 23, 2024

T

Menyumbang sebanyak RM10.00

Apr 19, 2024