KELAB JELAJAH KUALA LUMPUR

Dimulakan pada Feb 23, 2023

SINAR SYAWAL CERIAKAN GOLONGAN YANG TIDAK BERKEMAMPUAN

RM1,100 / 36.67 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM3,000

78 Penyumbang

Kempen Berakhir!

Kongsi:

Tentang Kempen

KJKL menyeru untuk bersama dalam bantuan agihan persiapan raya kepada anak yatim, warga emas dan golongan daif. Semoga usaha ini mampu mengukir senyuman buat mereka menyambut Syawal dengan bahagia.


Biarpun Ramadhan telah berlalu namun kesan pentarbiyahan daripada hikmah Ramadhan seharusnya masih berbekas di setiap jiwa Muslim. Sesungguhnya Ramadhan adalah bulan latihan yang bakal mencetuskan momentum untuk kebaikan yang akan diteruskan bulan- bulan seterusnya. Aidilfitri merupakan jejak permulaan menentukan keberhasilan daripada natijah Ramadhan, samada ia mampu mengundang kebaikan dan pahala sepertimana yang dilakukan pada bulan Ramadhan.



Hari raya merupakan satu sambutan yang sangat bermakna bagi umat Islam terutama bagi golongan kanak-kanak. Tak kurang juga buat warga emas yang sangat merindukan suasana beraya bersama keluarga. Bagi sesebuah keluarga, hari raya memberi peluang kepada mereka untuk bergembira, berkunjung ke rumah saudara mara, rakan-rakan dan peluang ini juga digunakan untuk mengeratkan silaturahim antara mereka.



Walaubagaimanapun, tidak semua golongan masyarakat dapat menyambut hari bermakna tersebut dengan persiapan yang sempurna. Ini kerana tidak semua dikalangan masyarakat memiliki kemampuan untuk menyediakan persiapan yang lengkap dan serba mewah. Sesungguhnya, kemeriahan Hari Raya adalah milik semua tidak mengira darjat dan pangkat. Di sebalik kegembiraan membuat persiapan raya terselit kesusahan dari golongan daif dalam menyempurnakan persiapan akibat kekangan kewangan.




Justeru, KJKL ingin mengambil inisiatif untuk membuat kutipan sumbangan bagi menambah kemeriahan sambutan hari mulia ini. Sumbangan ini bertujuan untuk meraikan anak yatim, warga emas dan golongan yang daif. Semoga dengan usaha kecil ini, dapat menambahkan lagi keceriaan dan keseronokkan golongan ini dalam menyambut kehadiran Syawal yang dinanti.




Kami berharap bantuan yang disalurkan ini dapat meringankan beban golongan ini dan seterusnya meraikan Aidilfitri dengan penuh kesyukuran. Bantuan yang diberikan ini secara langsung mendukung matlamat KJKL dalam membantu ke arah mempertingkatkan sosio ekonomi rakyat melalui pelbagai program dan aktiviti amalnya. Program ini juga diharap dapat membuka ruang untuk kita lebih prihatin dan berpeluang untuk beramal dan seterusnya mendapat keredhaan dari Allah SWT.


Jom #BuatBaik!

Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Doa-Doa #Penyumbang

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

May 13, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

May 12, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

May 10, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

May 10, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

May 08, 2023

Kempen Sumbangan Tamat