PERSATUAN GENERASI BESTARI SELANGOR

Dimulakan pada Jul 12, 2023

MOHON SUMBANGAN UNTUK SISWA YANG MEMERLUKAN

RM60 / 0.86 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM7,000

4 Penyumbang

Kempen Berakhir!

Kongsi:

Tentang Kempen

Marilah hulurkan bantuan kepada yang memerlukan. Bukan semua pelajar di univeristi mempunyai kewangan yang cukup. Ada yang datang dari keluarga asnaf. Mereka sangat memerlukan bantuan dari kita.


Program sumbangan kepada golongan siswa siswi asnaf ini akan diberikan kepada pelajar-pelajar yang sedang mengikuti pengajian di universiti-universiti awam yang berada di negeri Selangor. Bantuan ini diberi memandangkan kos kehidupan di kampus bukannya murah walaupun sebahagian mereka ada yang menerima bantuan zakat dan ada yang membuat pinjaman dari institusi berwajib. Namun, sebenarnya mereka menjalani kehidupan secara ala kadar dan kerap terpaksa mengikat perut apabila keperluan lain khususnya untuk persediaan pembelajaran perlu diutamakan.



Pengagihan bantuan ini akan diberi mengikut maklumat yang diperolehi samada dari Pusat Zakat Selangor, pejabat alumni univeristi atau majlis perwakilan pelajar. Bagi pelajar yang tinggal di luar kampus, mereka akan diberikan sedikit barangan keperluan harian dan bantuan kewangan. Manakala yang tinggal di asrama pelajar atau dalam kampus, mereka akan diberikan bantuan kewangan.



Oleh itu, dengan segala kerendahan hati, kami berharap dan sangat mengalu-alukan Tuan/Puan dapat menghulurkan sumbangan supaya lebih ramai golongan penuntut-penuntut dari golongan asnaf di pusat pengajian tinggi awam dapat dibantu. Mudah-mudahan setiap sumbangan yang dihulur akan menjadi saham akhirat yang dapat membantu kita mendapatkan keredhaan Allah SWT. Kami mendoakan agar para penderma sekalian sentiasa dipermudahkan urusan serta dikurniakan rezeki yang melimpah ruah di dunia dan di akhirat.



Sesungguhnya usaha membantu siswa siswi asnaf ini amatlah selari dengan gesaan Allah SWT dalam Al-Quran yang bermaksud: “Dan hendaklah kamu bertolong-tolongan untuk membuat kebajikan dan bertakwa dan janganlah kamu bertolong-tolongan pada melakukan dosa (maksiat) dan pencerobohan. Dan bertakwalah kepada Allah kerana sesungguhnya Allah maha berat azab seksa-Nya (bagi sesiapa yang melanggar perintah-Nya).” (Surah al-Ma’idah : ayat 2)



Dalam sebuah hadis, Rasulullah SAW ada bersabda yang bermaksud: “Manusia yang paling dicintai oleh Allah adalah yang paling bermanfaat untuk manusia. Dan amalan yang paling dicintai oleh Allah adalah kegembiraan yang engkau masukkan ke da-lam hati seorang mukmin atau engkau hilangkan salah satu kesusahannya, atau engkau membayarkan hutangnya, atau engkau hilangkan kelaparannya.” (Hadis riwayat at-Tabrani)


Jom #BuatBaik!

Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Terbaru Perkembangan

Tiada perkembangan

Doa-Doa #Penyumbang

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Jul 23, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Jul 14, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Jul 14, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM30.00

Jul 14, 2023

Kempen Sumbangan Tamat