ILTIZAM RELIEF SOCIETY

Dimulakan pada May 26, 2022

INFAQ KORBAN MANGSA NEGARA DILANDA PERANG

RM6,532 / 8.17 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM79,995

259 Penyumbang

Kempen Berakhir!

Kongsi:

Tentang Kempen

Kami mengajak para penderma bersama meraikan para penerima di negara negara yang dilanda perang , Yaman, Palestine, Syria, Myanmar dan Bangladesh. Semoga Allah terima ikhtiar kita bersama. Amiin.


إِنَّ الْمُصَّدِّقِينَ وَالْمُصَّدِّقَاتِ وَأَقْرَضُوا اللَّهَ قَرْضاً حَسَناً يُضَاعَفُ لَهُمْ وَلَهُمْ أَجْرٌ كَرِيمٌ Yang bermaksud: “Sesungguhnya orang-orang lelaki yang bersedekah dan orang-orang perempuan yang bersedekah, serta mereka memberikan pinjaman kepada Allah, sebagai pinjaman yang baik (ikhlas), akan digandakan balasannya (dengan berganda-ganda banyaknya), dan mereka pula akan beroleh pahala yang mulia.” (Surah al-Hadid: 18)



Saban hari kita melihat saudara sesama Islam kita menghadapi kesengsaraan dan kesusahan di negara-negara yang bergolak. Imej-imej tersebut menghiasi kaca televisyen serta skrin telefon pintar kita. Dengan semangat ukhuwwah Islamiyyah dan Aidiladha, jom lakukan sedekah korban di 5 negara; Syria, Palestin, Yaman, Myanmar dan Bangladesh.


Di Yaman, lebih daripada separuh rakyatnya berada dalam kemiskinan tegar, sesetengah daripada mereka hanya hidup dengan kurang daripada 2 dolar sehari. Seramai 19 juta rakyat Yaman tidak mempunyai bekalan makanan yang berterusan (food insecurity).



Di Palestin pula, sebanyak 50% daripada rakyat Gaza tidak mempunyai sumber rezeki yang stabil kerana situasi ekonomi yang merudum akibat kepungan selama 15 tahun. 62% daripada populasi Gaza turut dikategorikan sebagai tidak mempunyai bekalan makanan yang tetap.



Manakala di Syria, menurut Persatuan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) telah melaporkan bahawanya sebanyak 90% daripada rakyat Syria mengalami kemiskinan tegar dan seramai 60% daripada mereka tidak mempunyai bekalan makanan yang tetap (food insecurity).



Etnik Rohingya pula merupakan etnik yang tidak mempunyai negara dan kerakyatan. Majoriti daripada mereka beragama Islam dan sering ditindas serta dibunuh kerananya. Pada masa sekarang, terdapat lebih 400,000 orang Rohingya yang masih berada di Myanmar. Mereka tinggal dalam kampung-kampung yang daif dan kem pelarian dalaman yang tidak berdaftar.


Sebahagian daripada mereka menetap dalam kem-kem pelarian di Bangladesh. Keadaan mereka tidak dibantu dan disokong oleh mana-mana pihak, duduk dalam keadaan susah dan kemiskinan tegar. Bilangan Rohingya di sini telah mencapai hampir 1 juta individu, bersesak-sesak dan kem yang menjadi rumah mereka.



Bersempena dengan semangat ukhuwwah Islamiyyah dan Aidiladha, jom sama-sama membantu untuk meringankan beban mereka dengan menyertai Sedekah Korban Bersama Iltizam Relief. Dengan bantuan anda, mereka yang menjadi mangsa keganasan dan perang dapat menikmati daging yang segar pada perayaan raya korban tahun ini.


Kenapa perlu memilih Iltizam Relief?

• Iltizam Relief mempunyai pengalaman membuat korban lebih 10 tahun

• Kami mempunyai rakan kerjasama dan wakil yang boleh dipercayai di negara-negara berkenaan

• Pada tahun lalu, kami telah melakukan korban pada 10 negara dan telah menjalankan amanah beratus-ratus peserta korban kami dengan jayanya.


Ayuh menggembirakan hati mereka yang terkesan pada Aidiladha ini! Hulurkan sedekah korban anda walaupun RM10. Mari sama-sama berjemaah bersedekah. 


Jom #BuatBaik!

Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Doa-Doa #Penyumbang

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Jul 05, 2022

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM50.00

Jul 05, 2022

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM25.00

Jul 05, 2022

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM50.00

Jul 05, 2022

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Jul 05, 2022

Kempen Sumbangan Tamat