YAYASAN GLOBAL EHSAN MALAYSIA

Dimulakan pada Oct 29, 2025

RAYUAN DANA SOKONGAN UNTUK OPERASI DAN MISI KEMANUSIAAN

RM900 / 3.00 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM30,000

37 Penyumbang

44 Baki Hari

Kongsi:

Tentang Kempen

Setiap sumbangan anda adalah harapan buat mereka yang memerlukan. Sokongan dana diperlukan bagi memastikan misi kemanusiaan kami terus terlaksana agar tiada yang terpinggir di dalam dan luar negara.


Global Ehsan Relief (GER) ialah organisasi bukan keuntungan yang menyalurkan bantuan kepada masyarakat. Kami memerlukan dana bagi menampung kos operasi dan pelaksanaan projek kemanusiaan. Tanpa sokongan kewangan, sukar untuk meneruskan perkhidmatan dan membantu lebih ramai penerima manfaat.



Sejak ditubuhkan pada 2015, GER telah membantu 1,075 anak yatim, membina 141 masjid, melaksanakan 7,389 projek air bersih, dan menyalurkan bantuan kepada 6.85 juta penerima di seluruh dunia, semuanya hasil sokongan anda.




Kini, GER Malaysia beroperasi sepenuhnya di Kuala Lumpur dan merupakan ibu pejabat GER Worldwide. Ini memperkukuh lagi capaian bantuan dan keberkesanan projek kebajikan. Namun, peningkatan kos operasi, sewaan, dan barangan menuntut sokongan berterusan daripada orang awam dan rakan korporat.


Sumbangan anda akan membantu menampung kos staf, logistik, sukarelawan, serta misi kemanusiaan di dalam negara, dan juga luar negara seperti di Kemboja, Turki, Sri Lanka, Syria, Jordan, Pakistan, India, Indonesia, dan banyak lagi.



Penduduk Kemboja menikmati air hasil projek wakaf telaga air. 



Rakan kerjasama GER yang berada di Gaza mengagihkan makanan panas. 



Pengagihan keperluan menghadapi musim sejuk ke kem-kem perlarian



Membawa anak-anak yatim Palestin menunaikan umrah ke tanah suci. 



Pengagihan Al-Quran buat pelajar tahfiz dan merupakan anak yatim Maahad Ibnu Sina. 



Masjid hasil wakaf buat anak-anak tahfiz di Kemboja.



Dengan penuh rendah hati, kami memohon agar anda terus bersama kami dalam menjayakan usaha ini. Setiap sumbangan adalah sedekah jariah dan jihad di jalan Allah. Kami rayu sokongan anda untuk bantuan kemanusiaan ini.


Jom #BuatBaik!



Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Laporan Kempen

Tiada perkembangan

Doa-Doa #Penyumbang

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Nov 10, 2025

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Nov 10, 2025

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Nov 09, 2025

HISHAM B MAT NOOR

Menyumbang sebanyak RM10.00

Nov 09, 2025

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Nov 09, 2025