Di setiap sudut desa, lorong sempit dan rumah sederhana, ada sosok yang senyap-senyap menyalakan cahaya Islam, para guru Al-Qur’an. Mereka bukan sekadar mengajar huruf hijaiyah, tetapi membentuk akhlak, menanamkan cinta pada agama dan menjaga masa depan generasi Muslim.

Namun, ramai di antara mereka hidup dalam kesederhanaan. Ada guru yang menggunakan ruang tamu rumah kecilnya sebagai kelas mengaji, ada yang mengajar di serambi masjid tanpa kemudahan, dan tidak sedikit yang mengajar tanpa meminta bayaran, hanya kerana yakin bahawa pahala Allah lebih besar daripada harta dunia.

Sebahagian mereka menerima gaji yang terlalu kecil, bahkan ada yang langsung tidak mendapat bayaran. Tetapi, dengan hati yang ikhlas mereka tetap mengajar kerana mereka percaya, walaupun mereka memiliki sedikit, mereka tetap mampu memberi lebih kepada umat. ASAR Humanity telah berusaha menjangkau lebih ramai guru Al-Qur’an yang penuh dedikasi ini. Mereka adalah wira yang mungkin tidak dikenali ramai, tetapi jasanya mengalir hingga ke akhirat.

"Sebaik-baik kamu adalah yang belajar Al-Qur’an dan mengajarkannya." (HR. Bukhari)
Mari kita hadiahkan senyuman dan ketenangan buat guru Al-Qur’an yang setiap hari berjuang membina generasi soleh dan solehah. Sumbangan kecil kita adalah sokongan besar buat mereka. Dengan membantu guru Al-Qur’an, insyaAllah pahala mengalir tanpa henti, kerana setiap huruf yang diajar, setiap doa yang dibaca, kita turut mendapat bahagiannya.

Tiada perkembangan
Tiada Rujukan Terkini
Belum ada yang merujuk kempen ini