Belum berdaftar? Daftar sekarang!
Buat carian Kempen
RM910 / 6.07 %
Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM15,000
42 Penyumbang
44 Baki Hari
Hari ini, 77 tahun sudah bumi Palestin dijajah. 77 tahun penderitaan yang tidak pernah berkesudahan, pembunuhan ribuan jiwa, termasuk wartawan, wanita dan ribuan kanak-kanak yang tidak berdosa. Dunia sedang menyaksikan salah satu genosid paling dahsyat dalam sejarah kemanusiaan.

"Perumpamaan orang-orang Mukmin dalam kasih sayang, cinta dan belas kasihan mereka bagaikan satu tubuh; jika satu anggota merasa sakit, maka seluruh tubuh turut merasa sakit dengan berjaga dan demam." (HR. Muslim)
Hari ini, mari kita buktikan bahawa tubuh umat Islam masih hidup dengan menghulurkan bantuan kepada keluarga Palestin yang sedang bertahan di khemah-khemah. Bersama-sama kita salurkan makanan, susu bayi, air bersih, pakaian dan ubat-ubatan agar mereka terus mampu bertahan. Setiap sumbangan adalah cahaya harapan yang kita nyalakan di tengah gelapnya penindasan, tanda bahawa mereka tidak pernah dibiarkan sendirian.

Semoga setiap sumbangan kita menjadi bukti cinta kepada kemanusiaan, dan menjadi saksi di hadapan Allah kelak bahawa kita pernah memilih untuk tidak berdiam diri.
Jom #BuatBaik!
Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Saudara seiman yang dirahmati Allah,
Walaupun telah diumumkan gencatan senjata pada 20 Oktober 2025, realiti yang sedang berlaku di Gaza Strip menunjukkan bahawa derita rakyat Palestin masih berlanjutan dan semakin memburuk.

Kenapa Kita Tidak Boleh Berhenti?
1. Ribuan keluarga masih hidup dalam khemah atau bangunan rosak, dengan bekalan makanan asas dan air bersih yang sangat terhad.
2. Kanak-kanak menghadapi ancaman kelaparan dan malnutrisi yang teruk, manakala sistem kesihatan hampir lumpuh.
3. Setiap hari yang berlalu tanpa tindakan adalah satu hari lagi penderitaan mereka yang tidak berdosa.
ASAR Humanity kekal komited untuk terus menghantar bantuan makanan panas, stok makanan serta keperluan asas ke dalam kem pengungsian Palestin. Bukan sekadar untuk menjaga mereka hidup, tetapi menjaga harapan mereka untuk hidup layak dan bermaruah.

“Dan tolong-menolonglah kamu dalam kebaikan dan takwa, dan jangan tolong-menolong dalam dosa dan permusuhan.” (Surah Al-Ma’idah: 2)
Mari kita berdiri bersama saudara-saudara kita di Gaza. Setiap sen sedekah, setiap doa dan setiap perkongsian — adalah suara keadilan yang tidak akan padam.
Kita tidak akan berhenti, selagi tangisan anak-anak Palestin masih terdengar.
Semoga Allah SWT menerima amal kita semua.
#SelamanyaJagaPalestina

Dua Tahun Genosid di Palestin, Kita Tidak Akan Berhenti!
Sudah dua tahun Palestin menanggung derita akibat genosid. Sejak Oktober 2023, lebih 65,000 nyawa terkorban dan 165,000 cedera, kebanyakannya wanita dan kanak-kanak. Hospital hancur, bekalan makanan dan air makin berkurang, dan dunia terus menyaksikan penderitaan tanpa henti.
Namun di tengah kezaliman ini, rakyat Palestin tetap teguh.
Dan kita juga tidak boleh berhenti.
ASAR Humanity terus menghantar bantuan makanan, air bersih dan ubatan untuk mereka yang bertahan di tengah puing dan kelaparan.
“Dan tolong-menolonglah kamu dalam kebaikan dan takwa…” (Al-Ma’idah: 2)
Setiap doa, setiap sedekah, setiap langkah kecil anda, adalah tanda kita bersama Palestin.
Mari terus berjuang hingga tangisan terakhir di Gaza berganti dengan senyuman anak-anak.
#SelamanyaJagaPalestina
#BantuGazaNow
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Nov 14, 2025
RAJA NORIZA BINTI RAJA ARIFFIN
Menyumbang sebanyak RM10.00
Oct 28, 2025
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Oct 21, 2025
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Oct 17, 2025
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM30.00
Oct 17, 2025