Belum berdaftar? Daftar sekarang!
Buat carian Kempen
RM585 / 1.95 %
Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM30,000
24 Penyumbang
44 Baki Hari
Pulau Ende di Indonesia Timur menjadi saksi perjuangan saudara-saudara baru kita yang memilih Islam sebagai pegangan hidup meskipun berada dalam komuniti majoriti bukan Islam. Dalam lawatan pasukan ASAR Humanity ke salah satu kawasan penempatan Muslim di sana, kami melihat sendiri keadaan hidup mereka yang sangat sederhana dan serba kekurangan.

Ramai di antara mereka merupakan saudara baru yang masih dalam proses mengenal dan mendalami ajaran Islam. Malangnya, mereka tidak memiliki kemudahan asas seperti al-Quran, buku Iqra’, telekung, pakaian solat, serta bahan pendidikan agama yang mencukupi. Ini menyukarkan mereka untuk mengamalkan dan menyebarkan Islam dalam keluarga mereka sendiri.

Melalui kempen ini, ASAR Humanity mengajak anda bersama menyokong usaha dakwah dan memperkukuh iman saudara baru di Pulau Ende. Sumbangan anda akan digunakan untuk menyediakan:
1. Naskhah al-Quran & Iqra’
2. Telekung & pakaian solat
3. Pakaian Muslim dan Muslimah
4. Keperluan asas pembelajaran agama

Kenapa ini penting?
Setiap saudara baru adalah benih kepada generasi Muslim masa depan. Mereka akan mendidik anak-anak mereka dengan ajaran Islam, dan dengan sokongan kita hari ini, mungkin salah seorang daripada mereka akan menjadi ustaz atau ustazah yang memimpin komuniti Muslim di Ende suatu hari nanti.

"Barangsiapa yang menunjukkan kepada suatu kebaikan, maka baginya pahala seperti orang yang mengamalkannya."
(Hadis Riwayat Muslim)
Jom #BuatBaik!
Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Apr 25, 2025
SITI SARAH ABU BAKAR
Menyumbang sebanyak RM25.00
Apr 25, 2025
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Apr 25, 2025
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Apr 25, 2025