Belum berdaftar? Daftar sekarang!
Buat carian Kempen
RM1,195 / 23.90 %
Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM5,000
67 Penyumbang
Kempen Berakhir!
Aidiladha baru saja berlalu, dan tahun ini menjadi satu pengalaman yang sangat bermakna buat kami di ASAR Humanity. Alhamdulillah, dengan izin Allah dan sokongan dari para penyumbang, kami berjaya menghantar daging qurban ke lebih 15 kawasan pedalaman di seluruh Indonesia, dari rumah anak yatim ke pusat tahfiz, dari kota kecil ke desa yang jauh di sebalik hutan dan bukit.

Kami bukan sekadar menghantar daging, tetapi juga berkunjung dan bersilaturahmi dengan anak-anak yatim dan guru-guru Al-Quran yang hidup dalam keadaan serba sederhana. Ada yang tinggal di pondok kayu yang hampir roboh, ada juga yang tidak mempunyai dapur yang sesuai untuk memasak daging qurban yang kami berikan.

Sedekah anda bukan hanya membawa makanan ke meja mereka, tetapi juga memberikan kemudahan dan keselesaan untuk mereka memasak dan menikmati rezeki yang Allah beri melalui kita. Melalui kempen Sedekah Subuh ini, kami ingin mengajak anda semua untuk:
1. Menyumbang peralatan dapur asas seperti dapur gas, periuk, senduk, mesin pengisar & lain-lain
2. Menyediakan keperluan dapur yang lebih selamat & bersih untuk anak-anak yatim
3. Memberi mereka peluang untuk memasak makanan berkhasiat dengan lebih mudah dan selesa

"Sedekah yang paling utama adalah sedekah pada waktu Subuh."
(HR. Abu Dawud)
Bayangkan setiap pagi, sedekah anda menjadi asbab rezeki buat dapur rumah anak yatim itu menyala, dan mereka menjamah sarapan dengan wajah yang penuh syukur.

Ayuh, kita teruskan misi ini selepas Aidiladha kerana bantuan kita tidak harus terhenti bersama berakhirnya Hari Raya. Sedekah subuh anda, dapur mereka menyala. Rezeki mereka, pahala berterusan untuk anda.
Jom #BuatBaik!
Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Jun 12, 2025
SITI KHAMISAH BINTI MD HASSAN
Menyumbang sebanyak RM10.00
Jun 12, 2025
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Jun 12, 2025
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Jun 12, 2025
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Jun 12, 2025