Belum berdaftar? Daftar sekarang!
Buat carian Kempen
RM220 / 2.20 %
Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM10,000
18 Penyumbang
Kempen Berakhir!
Pernahkah kita terfikir bagaimana hidup tanpa bimbingan agama?
Tanpa al-Quran, tanpa asas Islam sejak kecil? Ramai antara kita membesar dengan rutin belajar di pusat al-Quran, tetapi di sesetengah kampung terpencil, anak-anak membesar tanpa cukup ilmu, kerana tiada siapa yang mampu mengajar mereka.

ASAR Humanity sejak beberapa tahun ini berusaha menyokong dakwah dan membantu guru-guru al-Quran yang berjuang tanpa mengenal penat. Kali ini, kami bertemu dengan Pak Cece, seorang guru al-Quran di Kampung Lembur Sawah. Pak Cece pada asalnya tidak pernah bercita-cita untuk mengajar. Tetapi kerana beliau pernah belajar di maahad dan memiliki sedikit ilmu, beliau rela mengajar anak-anak kampungnya. Bermula dengan hanya 4-5 orang murid, kini hampir 25 orang anak-anak datang ke rumah kecilnya setiap minggu untuk belajar membaca dan memahami al-Quran.

Beliau mengajar secara percuma, dengan penuh keikhlasan. Namun, rumah kecil yang didiami kini sudah tidak mampu menampung bilangan murid yang semakin bertambah. Inilah pengorbanan yang ingin kita hargai. Rasulullah SAW bersabda:
"Sebaik-baik kamu adalah orang yang belajar al-Quran dan mengajarkannya." (Hadis Riwayat Bukhari)

Inilah peluang kita untuk sama-sama menyokong dakwah, mendidik generasi akan datang, dan mengumpul pahala yang berpanjangan. Mari kita hulurkan sumbangan untuk membantu Pak Cece dan guru-guru al-Quran lain di kampung kecil yang mengajar dengan penuh kesungguhan demi agama. Sumbangan anda hari ini akan menjadi cahaya ilmu dan pahala yang terus mengalir di akhirat.
Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM20.00
Sep 01, 2025
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Sep 01, 2025
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Sep 01, 2025
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM25.00
Sep 01, 2025
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Sep 01, 2025