Belum berdaftar? Daftar sekarang!
Buat carian Kempen
RM95 / 0.95 %
Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM10,000
8 Penyumbang
Kempen Berakhir!
Di bahagian timur Indonesia, kemiskinan masih menjadi cabaran utama yang menghimpit kehidupan masyarakat luar bandar. Walaupun tidak jauh dari bandar besar, masih ramai yang hidup dalam serba kekurangan, tiada kemudahan asas, tiada pendapatan tetap, dan anak-anak terpaksa berkorban demi mendapatkan pendidikan.

Namun, di tengah-tengah kesusahan ini, masih ada guru-guru yang tetap berdiri teguh. Mereka bukan sahaja mengajar membaca dan menulis, tapi juga membimbing anak-anak mengenal Islam, mengajar solat, al-Qur'an, akhlak, dan nilai-nilai murni. Tanpa gaji tetap, tanpa fasiliti mencukupi, mereka mengajar dengan sepenuh jiwa demi memastikan generasi muda tidak terus hidup dalam kejahilan.
Mereka adalah wira tanpa nama yang berjuang dalam senyap. Berjuang bukan hanya untuk anak bangsa, tetapi juga untuk kelangsungan hidup mereka sendiri.

Melalui kempen ini, ASAR Humanity ingin menyantuni perjuangan mereka. Kami telah mula mengenal pasti guru-guru yang berbakti di kawasan terpencil, dan menyampaikan bantuan berupa makanan, pakaian, barangan asas serta sokongan kewangan sekadar termampu. Kami ingin mengajak anda menjadi sebahagian daripada perjuangan ini. Dengan sumbangan anda, kita bukan sahaja menyokong kehidupan para guru, tetapi juga membina masa depan anak-anak yang mereka didik.

"Sesungguhnya Allah dan para malaikat-Nya, serta penghuni langit dan bumi hingga semut di dalam lubangnya dan ikan di laut, semuanya berselawat kepada orang yang mengajarkan kebaikan kepada manusia."
(HR. Tirmidzi)
Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM25.00
Jun 27, 2025
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Jun 26, 2025
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Jun 26, 2025