ASAR HUMANITY

Dimulakan pada Jun 17, 2025

SEDEKAH SOKONG KEHIDUPAN NELAYAN DAN ASNAF MISKIN

RM330 / 3.30 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM10,000

22 Penyumbang

Kempen Berakhir!

Kongsi:

Tentang Kempen

Sokong program empowerment untuk nelayan, beri mereka peluang untuk hidup berdikari dan keluar daripada kitaran kemiskinan. Jom bantu!


Beberapa tahun selepas gempa bumi melanda Lombok, kesannya masih dirasai sehingga hari ini. Ramai penduduk tempatan kehilangan pekerjaan, kehilangan rumah, dan berusaha keras untuk kembali bangkit daripada runtuhan bukan sahaja bangunan, tetapi juga kehidupan mereka.


“Dan barang siapa yang memudahkan urusan saudaranya, maka Allah akan memudahkan urusannya di dunia dan akhirat.” (Hadis Riwayat Muslim)



Antara mereka yang paling terkesan ialah komuniti nelayan. Kami bertemu dengan beberapa nelayan tempatan yang berkongsi kisah mereka yang masih turun ke laut, namun bukan dengan hasil milik sendiri. Mereka perlu menyewa bot daripada tauke dan hanya memperoleh sebahagian kecil daripada hasil tangkapan. Hari demi hari, mereka terus bergantung dan tidak dapat memperbaiki keadaan hidup mereka.


ASAR Humanity mengambil langkah untuk memulakan inisiatif pemberdayaan komuniti nelayan ini. Kami telah menyerahkan beberapa bot kepada nelayan di sana dan melihat sendiri bagaimana satu bot mampu mengubah hidup mereka. Daripada terus bergantung kepada orang lain, mereka kini boleh turun ke laut dengan lebih yakin dan membawa pulang rezeki yang lebih adil untuk keluarga.



Namun perjuangan ini belum selesai. Kami ingin melangkah lebih jauh dengan membantu lebih ramai nelayan dengan peralatan memancing lengkap, supaya mereka benar-benar mampu berdikari. Melalui kempen ini, anda boleh menyertai misi pemberdayaan ini sebagai sebahagian dari sadaqah jariah yang berkekalan manfaatnya:


1. 1 bot untuk nelayan: RM4,400

2. 1 set lengkap alat memancing: RM590

3. Sumbangan seikhlas hati untuk menyokong perubahan yang lebih besar



Kami percaya bahawa bantuan sebenar bukan hanya memberi makanan sementara, tetapi memberi mereka peluang untuk hidup berdikari dan keluar daripada kitaran kemiskinan. Mari kita bangunkan semula harapan mereka, dari laut yang luas ini kita sama-sama taburkan rezeki dan kasih sayang. Mereka perlukan sokongan anda. Mari kita jadi sebahagian daripada perjalanan mereka untuk bangkit dan berdikari.


Jom #BuatBaik!

Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Laporan Kempen

  • Jul 03, 2025


Doa-Doa #Penyumbang

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Jul 14, 2025

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Jul 11, 2025

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Jun 27, 2025

SITI SARAH ABU BAKAR

Menyumbang sebanyak RM25.00

Jun 22, 2025

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM20.00

Jun 21, 2025

Kempen Sumbangan Tamat