Belum berdaftar? Daftar sekarang!
Buat carian Kempen
RM175 / 1.75 %
Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM10,000
16 Penyumbang
Kempen Berakhir!
Lebih 10 tahun lalu, Ibu Siti disahkan menghidap ketumbuhan di wajah. Pada awalnya hanya kecil, tetapi kini ia semakin membesar sehingga menutupi hampir keseluruhan wajahnya. Walaupun sudah beberapa kali menjalani pembedahan, ketumbuhan tersebut tetap tumbuh kembali dan semakin serius dari hari ke hari.

Dalam keadaan sebegini, sukar untuk Ibu Siti bekerja bagi membantu suami serta menyara anak perempuan mereka. Namun, ketika kami bertemu dengannya, kami sungguh terharu dengan semangat dan ketabahannya.
Beliau mencari rezeki sebagai tukang jahit sambilan untuk sebuah syarikat tekstil dengan menggunakan mesin jahit lama yang kini sudah rosak. Selain itu, beliau juga cuba menternak ayam di halaman rumah, tetapi disebabkan kekurangan peralatan, banyak ayam yang mati dan usahanya sering gagal.

Bagi kami, Ibu Siti adalah seorang wanita hebat. Walaupun diuji dengan kesakitan dan kekangan hidup, beliau tetap tabah dan terus berjuang. Semangatnya mengajar kita erti syukur dan usaha tanpa putus asa. Rasulullah SAW bersabda:
"Sebaik-baik manusia adalah yang paling bermanfaat kepada orang lain."
(HR. Ahmad)

Melalui kempen ini, ASAR Humanity mengajak anda semua untuk membantu Ibu Siti serta wanita lain yang berjuang dalam serba kekurangan. Sumbangan anda akan disalurkan untuk mesin jahit baru, peralatan menternak ayam dan bantuan kewangan harian. Jika Ibu Siti yang diuji sebegini masih memilih untuk berjuang, maka tiada alasan untuk kita berpaling. Mari kita sebarkan kebaikan, hulurkan sokongan, dan jadilah asbab kekuatan buat mereka. Semoga setiap bantuan yang kita hulurkan menjadi saham akhirat dan dibalas dengan rahmat serta keberkatan daripada Allah SWT.
Jom #BuatBaik!
Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Aug 30, 2025
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Aug 29, 2025
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Aug 29, 2025
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Aug 29, 2025
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Aug 29, 2025