ASAR HUMANITY

Dimulakan pada Oct 18, 2024

SEDEKAH UNTUK GURU NGAJI DAN PENDAKWAH KURANG MAMPU

RM180 / 6.00 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM3,000

7 Penyumbang

7 Baki Hari

Kongsi:

Tentang Kempen

Banyak ustad dan ustadzah yang berjuang menyebarkan agama islam meskipun hidup dalam kekurangan, jom bantu kehidupan mereka bersama ASAR Humanity.


Bayangkan kehidupan Ustaz Udin, seorang pendakwah yang tinggal di sebuah rumah sederhana di sebuah desa terpencil. Setiap hari, beliau dengan penuh keikhlasan mengajar anak-anak di desanya mengaji. Dengan penghasilan yang sangat terbatas, Ustaz Udin tidak pernah mengeluh, kerana cintanya kepada ilmu dan agama melebihi segalanya.



Selain itu, kisah Ustazah Supiati, seorang wanita mulia yang mengabdikan hidupnya untuk mengajar Al-Quran kepada anak-anak, tanpa mengharapkan bayaran sedikit pun. Sayangnya, Ustazah Supiati sendiri tidak punya rumah, dan terpaksa menumpang di rumah saudaranya. Namun, dedikasinya kepada pendidikan agama tetap teguh, walaupun kehidupannya penuh dengan kekurangan.



Mereka adalah pejuang agama kita iaitu ustaz dan ustazah yang tanpa henti menyebarkan ilmu agama dan membentuk generasi Islam yang akan membela agama Allah. Walaupun hidup mereka serba kekurangan, mereka tidak pernah berhenti berkhidmat kepada ummah.



Allah SWT berfirman dalam Surah Al-Baqarah, ayat 261: "Perumpamaan (nafkah yang dikeluarkan oleh) orang-orang yang menafkahkan hartanya di jalan Allah adalah serupa dengan sebutir benih yang menumbuhkan tujuh bulir, pada tiap-tiap bulir seratus biji. Allah melipatgandakan (ganjaran) bagi siapa yang Dia kehendaki."



ASAR Humanity dengan penuh komitmen mengajak saudara-saudari untuk menyisihkan sedikit dari rezeki yang Allah berikan untuk membantu mensejahterakan kehidupan para pendakwah seperti Ustaz Udin dan Ustazah Supiati. Donasi anda akan disalurkan untuk meringankan beban kehidupan mereka, menyediakan keperluan harian, makanan, dan tempat tinggal yang lebih baik bagi para penyebar agama yang kurang mampu.



Dengan sedikit infaq dari kita, kita dapat membantu mereka yang mengorbankan segalanya demi ilmu dan dakwah. Marilah kita bersama-sama memastikan para pendakwah kita dapat menjalani kehidupan yang lebih sejahtera, agar mereka dapat terus berjuang membentuk generasi islami.


Jom #BuatBaik!

Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Terbaru Perkembangan

Tiada perkembangan

Doa-Doa #Penyumbang

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

MISB

Menyumbang sebanyak RM10.00

Oct 21, 2024

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM25.00

Oct 20, 2024

KHAZRIN BIN KAMARULZAMAN

Menyumbang sebanyak RM100.00

Oct 20, 2024

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM15.00

Oct 19, 2024

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Oct 19, 2024